Pages

Tuesday, February 2, 2010

Naning



Jika anda dalam perjalanan ke Alor Gajah, Tampin, atau Naning jangan lupa untuk singgah bersembahyang di Masjid Taboh Naning yang jaraknya kurang dari 1km exit tol Alor Gajah di lebuh raya utara selatan.

Ini kerana masjid ini menempatkan satu monumen sejarah melayu tanah air iaitu Makam Dato’ Dol Said dan menampilkan kisah yang penuh keberanian, perpaduan, perpecahan, pembelotan, kebusukan, keangkuhan dan kemaluan.

Dol Said ialah pemimpin Melayu di Naning pada kurun ke-19 yang mula menjadi pemimpin sejak bermula pada umur 26. Beliau membantah keras pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pemimpin British di mana orang Melayu dipaksa membayar 1/10 daripada hasil pertanian mereka kepada British. Taksiran cukai oleh British dianggap tinggi dan melampaui batas oleh orang Melayu Naning. Dol Said juga menentang kemasukan tentera British di Naning. Pada masa tersebut Naning berada dalam wilayah Negeri Sembilan (bukan dari segi pemerintahan tapi geografi).

Dol Said telah memimpin sekumpulan pejuang anak Melayu dalam 2 siri perang Naning menentang penjajah. Perang Naning pertama yang berlaku selama 18 hari berakhir dengan kejutan apabila tentera British yang dilengkapi senjata moden ditewaskan oleh pejuang Melayu pimpinan Dol Said. Antara sebab utama kemenangan awal orang Melayu ialah disebabkan oleh perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu dan sokongan orang Melayu dari daerah lain.

Ini memaksa British menghantar bantuan dan tentera yang lebih besar sehingga Dol Said terpaksa berundur dalam perang Naning ke-2. Sebelum itu pihak British telah berunding dengan beberapa pemimpin Melayu yang bodoh yang sebelum ini membantu Dol Said supaya berpaling tadah. Beberapa rakan seperjuangan Dol Said berpaling tadah menjadi pembelot. Antaranya ialah pemimpin Rembau iaitu Raja Ali yang pada peringkat awal telah mengurangkan bantuan tentera di Naning. Setelah diberi tawaran lumayan oleh British, Raja Ali beralih arah daripada menyokong orang Melayu Naning kepada menentang. Dalam strategi yang penuh busuk, askar2 Raja Ali di Naning ditarik balik dan mereka bergabung dengan askar British untuk menghancurkan Dol Said dan pengikutnya. Dol Said dan pengikutnya tewas dalam perang Naning ke-2, tetapi Perang Naning telah menjadikan Dol Said sebagai seorang wira dan telah dinobatkan tempatnya dalam sejarah Melaka.

Daripada pandangan yang dilihat disekitar masjid ini, nampaknya masjid ini telah diberi nafas baru dalam bentuk catnya yang baru iaitu kuning. Makam yang dahulunya berwarna putih turut dicat kuning. Walaupun sudah lama, masjid ini masih dijaga dengan rapi.

Setelah penaklukan Naning, British yang angkuh mendapati hasil hasil yang dikutip daripada kegiatan ekonomi di Naning tidak memberi keuntungan dan Naning telah disepak ke sana dan ke sini kerana British tidak minat untuk mentadbir. Naning juga ditawarkan kepada Raja Ali untuk ditadbir di bawah Rembau tetapi ditolak. Apa sebabnya ye? Akhirnya, Naning dimasukkan ke dalam pemerintahan Melaka. Jawatan penghulu yang kali terakhirnya dipegang oleh Dol Said dihapuskan dan diganti dengan ketua kampung yang tugasnya memungut cukai untuk British.

Walaupun sejarah Dol Said dan Perang Naning termaktub dalam sejarah KBSM dan arkib negara, ada beberapa kronologi peristiwa dan pengajaran yang berlaku sewaktu pencerobohan British di Naning.

Seperti diceritakan beberapa penduduk lama kawasan itu, apabila tentera penjajah cuba mendatangkan kerosakan di muka bumi Naning (kini kawasan Alor Gajah, Melaka), penduduk tempatan diketuai Penghulu Dol Said bangkit mempertahankan tanah air mereka.

Bagaimanapun, peristiwa misteri dan ajaib dalam demi membela tanah air serta penentangan terhadap segerombolan tentera British itu tidak saja disertai penduduk watan tetapi turut disertai ribuan serangga Naning iaitu serangga yang seakan-akan penyengat besar. Ini dijelaskan oleh Pengkaji Sejarah yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali (sumber: rencana di Cari), yang berkata, mengikut cerita penduduk tempatan, kejadian aneh itu menyebabkan tentera British kelam-kabut.

Mungkin ia disebabkan keramat atau sebagainya dan timbul cadangan supaya tentera British melemparkan benda najis dan kotor ke seluruh kawasan itu terlebih dulu bagi menghilangkan keramat seterusnya menghindarkan serangan berkenaan,รข€ katanya.

Beliau berkata, selepas mengotorkan bumi Naning, barulah tentera British kembali menyerang pasukan Dol Said. Tentangan British bagaimanapun tidak semudah disangka kerana ia dibalas hebat dan sengit oleh pasukan Dol Said walaupun sekadar bersenjatakan parang, lembing dan senjata tradisional.

Akhirnya, selepas peperangan itu berlarutan selama kira-kira empat bulan, akhirnya pasukan Penghulu Naning itu tewas kepada kemampuan meriam serta senapang British dan negeri merdeka seluas kira-kira 67,000 hektar itu kemudian dijajah pada Jun 1832.

Malah, ramai tidak mengetahui yang British pernah malu besar ketika menentang Naning pada Perang Naning Pertama 1831 – maruah mereka sebagai kuasa besar dunia ketika itu, jatuh dari tempat tertinggi ke lantai paling rendah.

Sebagai kuasa besar dunia yang memiliki empayar jajahan luas, pernah menyertai dan memenangi banyak peperangan dengan kuasa besar lain termasuk menyertai Perang Dunia Pertama selain memiliki kelengkapan senjata dan meriam yang digeruni; mereka akhirnya kalah kepada negeri kecil Naning pada 1831 yang mana penyerangnya hanya menggunakan parang dan senjata tradisional.

Sumber cerita: Arkib Negara Malaysia, Sejarah Melayu, Wikipedia dan cerita orang tua.

Lawatilah Makam Dol Said ini bila kelapangan untuk mengenang perjuangan menentang penjajah.

0 comments:

Post a Comment