Pages

Tuesday, July 27, 2010

9 Orang Yang Susah Dibunuh Dalam Sejarah!

Dalam perkembangan dunia modernisasi seperti sekarang ini, pasti tidak terlepas dari para 'penguasa' di zaman dahulu semisal perebutan daerah kekuasaan dan berbagai perang yang terjadi.

Siapakah mereka? ini dia hasilnya.

1. Adolf Hitler: menderita lebih dari 50 kali percobaan pembunuhan konspirasi termasuk rencana gila menggunakan model bintang porno.






















2. Grigory Rasputin: diracun, ditembak empat kali, dan dipukuli sampai akhirnya ia meninggal karena tenggelam.










3. Fidel Castro: 638 selamat dari upaya pembunuhan dan penghitungan











4. Hussein dari Yordania: 12 kali selamat dari upaya pembunuhan dan pernah diselamatkan oleh medali di seragamnya.











5. Zog dari Albania: menderita 55 kali untuk percobaan dibunuh dan sekali selamat setelah penembakan potensinya pembunuh.











6. Yasser Arafat: melarikan diri dari beberapa serangan bom dan kecelakaan pesawat









7. Alexander II dari Rusia: setelah beberapa kali mencoba, tewas dengan rencana yang termasuk cadangan 3 pembom.








8. Gabriel García Moreno: telah memotong tangannya dengan parang, ditembak 5 kali tapi masih sempat berteriak "Tuhan tidak mati"











9. Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden  dilahirkan pada 10 Mac 1957 – c. 1 Mei 2011 ialah seorang ahli keluarga bin Laden yang kaya-raya dari Arab Saudi dan pengasas pertubuhan jihad al-Qaeda yang dikatakan bertanggungjawab atas serangan 11 September di Amerika Syarikat dan banyak lagi serangan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam mahupun tentera. Sebagai akibat penglibatannya dan sokongannya kepada jihad pelampau yang menggunakan kekerasan, Osama bin Laden kehilangan kerakyatan Saudi dan tidak diakui lagi sebagai ahli keluarga bin Laden.
Osama bin Laden berada dalam senarai Sepuluh Buronan Paling Dikehendaki dan Pengganas Paling Dikehendaki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat kerana penglibatannya dalam pengeboman kedutaan-kedutaan negara tersebut pada tahun 1998.
Sejak tahun 2001, Osama bin Laden dan pertubuhannya menjadi sasaran utama dalam Perang Terhadap Keganasan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Bin Laden dan ketua-ketua al-Qaeda yang lain dipercayai bersembunyi berdekatan Kawasan Kabilah Tadbiran Persekutuan di Afghanistan dan Pakistan.

Pada 1 Mei 2011, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan di saluran televisyen kebangsaan bahawa bin Laden telah dibunuh oleh pasukan tempur SEAL Amerika di Abbottabad, Pakistan dalam operasi rahsia yang diluluskan oleh Presiden Barack Obama.


Bentong Kali

Bentong Kali a.k.a P.kalimuthuaku 

Mudah saja untuk dia membunuh seseorang. Apabila lelaki itu berang, dia sekadar menarik pistolnya dan menembak sesiapa saja yang mencetuskan kemarahannya tanpa memikirkan impak perbuatan berkenaan. Semudah itu saja, dia tidak kisah atau pernah takut memikirkan perbuatannya memiliki senjata api atau menembak seseorang boleh menyebabkan dia dihukum gantung sampai mati.

Lagak lelaki bernama P Kalimuthu itu bagaikan negara ini tiada undang-undang dan dia bebas berbuat apa saja mengikut kehendak nafsunya termasuk membunuh seseorang. Pemikiran songsangnya itu menyebabkan Kalimuthu atau digelar Bentong Kali menjadi antara penjenayah paling berbahaya dan diburu polis pada dekad 1990-an selepas Wong Swee Chin atau Botak Chin pada 1970-an.

Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Selain rekod pembunuhan itu, Bentong Kali turut disyaki dalam banyak lagi kes jenayah termasuk mencederakan polis. Bentong Kali meninggalkan jejak jenayahnya menerusi kelongsong peluru jenis 9mm daripada pistol Sig Sauer buatan Jerman yang dijumpai dalam kebanyakan kes pembunuhannya sebelum itu.

Penjenayah itu mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. Tiada lagi alam persekolahan seperti remaja lain, Kalimuthu menyertai kumpulan kongsi gelap Cina 04 dan mula mengenali dunia jenayah. Atas kesalahan tertentu, dia ditahan dan kemudian dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu.

Dipenjara pada usia muda tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang-undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut,Sungei Way dan Ampang. Dia ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah ditempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada1987 bersama sekatan kediaman terhad di Kuantan, Pahang.

Dunia jenayah bagaikan matlamat kehidupannya. Peluang kedua untuk mengubah hidup mengikut undang-undang diabaikannya apabila lelaki itu kembali menyertai dunia jenayah. Bagaimanapun, kali ini dia tidak lagi menyertai kumpulan jenayah sedia ada sebaliknya menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Antara kegiatan kumpulan 04 yang ditubuhkannya ialah aktif mengedar dadah dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya.

Untuk kali kedua, dia dikenakan sekatan kediaman terhad di Gopeng,Perak, selama dua tahun. Kalimuthu kemudian menghilangkan diri padaNovember 1984. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Ops Buncit disertai 200 pegawai dan anggota polis termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor digerakan secara besar-besaran membuktikan polis serius untuk memburu Bentong Kali hingga ke lubang cacing.

Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka. Bentong Kali juga dikatakan memiliki banyak tatu dilukis pada badan dantangannya seperti tanda palang dan ungkapan Born To Die.Pada tangan kanannya terdapat gambar kepala harimau manakala di tangan kirinya terukir gambar perempuan bogel, ular dan helang. Tatu dibahagian belakang badannya pula dilukis gambar helang dan kedua-dua pahanya ada gambar perempuan bogel. Kalimuthu turut memiliki parut kesan pembedahan di perut.

Dalam gerakan memburu penjenayah itu, poster dikehendaki polis yang antara lain memaparkan wajah Bentong Kali dan kegiatan jenayahnya mula ditampal di tempat awam. Dengan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah ganas itu, kes buruan polis itu terus menjadi berita hangat. Poster itu turut diedarkan di kawasan sempadan bagi membolehkan orangramai mengesan kehadirannya dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan bagi mengelak Kalimuthu bolos ke negara jiran.

Polis terus melancarkan gerakan memburu Kalimuthu selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Serbuan demi serbuan dijalankan untuk menjejak penjenayah itu antaranya di lokasi yang menjadi tumpuan jenayahnya iaitu sekitar Kuala Lumpur di Jalan Klang Lama, Brickfields, Taman Melawati, Ampang, Balakong, Kajang, Raub dan Bentong. Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama.

Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, KualaLumpur pada 29 Jun 1993. Subuh menjelang apabila sepasukan anggota elit polis dari Unit TindakanKhas (UTK) Bukit Aman, mengambil posisi dan mengepung kawasan perumahanitu. Turut menyertai operasi adalah unit pemusnah bom. Situasi genting itu kemudian bertukar menjadi drama tembak-menembak.Bentong Kali bersama dua pengikutnya melepaskan dua das tembakan kepada polis yang mengepung kawasan itu.

Bagaimanapun, kedua-dua tembakan penjenayah itu tidak mengenai atau mencederakan anggota polis. Menyedari tindakan agresif penjenayah itu dan cubaan mereka untuk melarikan diri, polis mengambil tindakan pantas dengan membalas tembakan. Tembakan balas sekitar jam 6.30 pagi menyebabkan ketiga-tiga penjenayah terbabit terbunuh dengan satu das tembakan di kepala menamatkan riwayat P Kalimuthu. Kejayaan itu menamatkan episod das-das tembakan daripada penjenayah terbabit sepanjang era keganasannya yang membunuh kira-kira 16 mangsa.

PROFIL

Nama: P Kalimuthu
Gelaran: Bentong Kali
Lahir : 22 Januari 1961
Asal : Bentong, Pahang
Keluarga: Anak kelapan daripada 11 beradik

sumber ragedindian.com

Wednesday, February 3, 2010

holocaust



kerana nk menjamin hak orng2 peribumi. Pada waktu itu ,orng2 yahudi menguasai pelbagai bidang; ekonomi, perundngan , perubatan n sbgnya.Akibatnya dasar ini, ramai orng2 yahudi mengecam dan benci kepada jerman dan mencari jalan untuk mendapatkan balik hak mereka.

Melalui cerita holocaust inilah, digunakan alasan untuk berpindah dan merampas Palestine dari orng2 islam .

Dibawah ini beberapa bukti yg menunjukkn pembohongan Holocust yg Berjaya dibongkar.

1)Kajian pakar sejarah menunjukkn tak ade bukti kukuh pun yg pembunuhan tu pernah berlaku brdasarkn dokumen2 yg dirampas selepas perang dan kenyataan saksi2.

2)Pada mei 1988, laporan dari pakar rekaan dan senjata , Fred A Leutchter menunjukn tiada sebarang kesan gan siniada dalam kem terbabit. Kajian beliau juga mendedahkan, racun Zyklon-B yg didakwa digunakn untk membunuh hanyalh sebenarnya racun membunuh serangga.

3)Dewan yg digunakan untuk menyalurkan gas beracun tidak pernah wujud.kajian menunjukkan bilik itu hanyalah sekadar bilik biasa yg tidak kedap udara dan mempunyai ruang udara yg besar di pintu n lantai. Kalu pun benar gas beracun disalurkan, ia pasti akn terbebas ke luar bilik n membunuh para tentera jerman juga.

4)Diari Anne Frank adalah rekaan keran ia ditulis menggunakn pena mata bola. Pen jenis ini belum wujud ketika era Nazi.

5)Seorang rakyat perancis yg terselamat darpada kem Nazi, Paul Rassinier dalam dua bukunya menulis beliau tidak pernah melihat sebarang bukti pembunuhan besar2an di bilik beracun tersebut seperti yg didakwa.

6)Ahli sejarah Yahudi, David Cole telah melawat muzium holocaust di Auschwitz pada 1992 dan dalam temuramahnya dengan curator muzium mendedahkn yg bilik beracun yg digunakn untk tatapan pengunjung telah diubahsuai oleh tentera Russia selepas perang.ini menunjukkan bilik beracun itu tak pernah wujud dan hanyalah rekaan semata2.

Jadi secara kesimpulan, boleh la kita kata yg cerita holocaust ni tak betoi sebenarnya. Ia hanya lah rekaan orang2 yahudi untuk mengusai dunia. Seperti kata Prof W D Rubinstein “ jika Holocaust ini Berjaya dibuktikan sebagai palsu, maka senjata terkuat propaganda Israel ini akan roboh berkecai”.
(sumber dari internet)

Tuesday, February 2, 2010

Naning



Jika anda dalam perjalanan ke Alor Gajah, Tampin, atau Naning jangan lupa untuk singgah bersembahyang di Masjid Taboh Naning yang jaraknya kurang dari 1km exit tol Alor Gajah di lebuh raya utara selatan.

Ini kerana masjid ini menempatkan satu monumen sejarah melayu tanah air iaitu Makam Dato’ Dol Said dan menampilkan kisah yang penuh keberanian, perpaduan, perpecahan, pembelotan, kebusukan, keangkuhan dan kemaluan.

Dol Said ialah pemimpin Melayu di Naning pada kurun ke-19 yang mula menjadi pemimpin sejak bermula pada umur 26. Beliau membantah keras pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pemimpin British di mana orang Melayu dipaksa membayar 1/10 daripada hasil pertanian mereka kepada British. Taksiran cukai oleh British dianggap tinggi dan melampaui batas oleh orang Melayu Naning. Dol Said juga menentang kemasukan tentera British di Naning. Pada masa tersebut Naning berada dalam wilayah Negeri Sembilan (bukan dari segi pemerintahan tapi geografi).

Dol Said telah memimpin sekumpulan pejuang anak Melayu dalam 2 siri perang Naning menentang penjajah. Perang Naning pertama yang berlaku selama 18 hari berakhir dengan kejutan apabila tentera British yang dilengkapi senjata moden ditewaskan oleh pejuang Melayu pimpinan Dol Said. Antara sebab utama kemenangan awal orang Melayu ialah disebabkan oleh perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu dan sokongan orang Melayu dari daerah lain.

Ini memaksa British menghantar bantuan dan tentera yang lebih besar sehingga Dol Said terpaksa berundur dalam perang Naning ke-2. Sebelum itu pihak British telah berunding dengan beberapa pemimpin Melayu yang bodoh yang sebelum ini membantu Dol Said supaya berpaling tadah. Beberapa rakan seperjuangan Dol Said berpaling tadah menjadi pembelot. Antaranya ialah pemimpin Rembau iaitu Raja Ali yang pada peringkat awal telah mengurangkan bantuan tentera di Naning. Setelah diberi tawaran lumayan oleh British, Raja Ali beralih arah daripada menyokong orang Melayu Naning kepada menentang. Dalam strategi yang penuh busuk, askar2 Raja Ali di Naning ditarik balik dan mereka bergabung dengan askar British untuk menghancurkan Dol Said dan pengikutnya. Dol Said dan pengikutnya tewas dalam perang Naning ke-2, tetapi Perang Naning telah menjadikan Dol Said sebagai seorang wira dan telah dinobatkan tempatnya dalam sejarah Melaka.

Daripada pandangan yang dilihat disekitar masjid ini, nampaknya masjid ini telah diberi nafas baru dalam bentuk catnya yang baru iaitu kuning. Makam yang dahulunya berwarna putih turut dicat kuning. Walaupun sudah lama, masjid ini masih dijaga dengan rapi.

Setelah penaklukan Naning, British yang angkuh mendapati hasil hasil yang dikutip daripada kegiatan ekonomi di Naning tidak memberi keuntungan dan Naning telah disepak ke sana dan ke sini kerana British tidak minat untuk mentadbir. Naning juga ditawarkan kepada Raja Ali untuk ditadbir di bawah Rembau tetapi ditolak. Apa sebabnya ye? Akhirnya, Naning dimasukkan ke dalam pemerintahan Melaka. Jawatan penghulu yang kali terakhirnya dipegang oleh Dol Said dihapuskan dan diganti dengan ketua kampung yang tugasnya memungut cukai untuk British.

Walaupun sejarah Dol Said dan Perang Naning termaktub dalam sejarah KBSM dan arkib negara, ada beberapa kronologi peristiwa dan pengajaran yang berlaku sewaktu pencerobohan British di Naning.

Seperti diceritakan beberapa penduduk lama kawasan itu, apabila tentera penjajah cuba mendatangkan kerosakan di muka bumi Naning (kini kawasan Alor Gajah, Melaka), penduduk tempatan diketuai Penghulu Dol Said bangkit mempertahankan tanah air mereka.

Bagaimanapun, peristiwa misteri dan ajaib dalam demi membela tanah air serta penentangan terhadap segerombolan tentera British itu tidak saja disertai penduduk watan tetapi turut disertai ribuan serangga Naning iaitu serangga yang seakan-akan penyengat besar. Ini dijelaskan oleh Pengkaji Sejarah yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali (sumber: rencana di Cari), yang berkata, mengikut cerita penduduk tempatan, kejadian aneh itu menyebabkan tentera British kelam-kabut.

Mungkin ia disebabkan keramat atau sebagainya dan timbul cadangan supaya tentera British melemparkan benda najis dan kotor ke seluruh kawasan itu terlebih dulu bagi menghilangkan keramat seterusnya menghindarkan serangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, selepas mengotorkan bumi Naning, barulah tentera British kembali menyerang pasukan Dol Said. Tentangan British bagaimanapun tidak semudah disangka kerana ia dibalas hebat dan sengit oleh pasukan Dol Said walaupun sekadar bersenjatakan parang, lembing dan senjata tradisional.

Akhirnya, selepas peperangan itu berlarutan selama kira-kira empat bulan, akhirnya pasukan Penghulu Naning itu tewas kepada kemampuan meriam serta senapang British dan negeri merdeka seluas kira-kira 67,000 hektar itu kemudian dijajah pada Jun 1832.

Malah, ramai tidak mengetahui yang British pernah malu besar ketika menentang Naning pada Perang Naning Pertama 1831 – maruah mereka sebagai kuasa besar dunia ketika itu, jatuh dari tempat tertinggi ke lantai paling rendah.

Sebagai kuasa besar dunia yang memiliki empayar jajahan luas, pernah menyertai dan memenangi banyak peperangan dengan kuasa besar lain termasuk menyertai Perang Dunia Pertama selain memiliki kelengkapan senjata dan meriam yang digeruni; mereka akhirnya kalah kepada negeri kecil Naning pada 1831 yang mana penyerangnya hanya menggunakan parang dan senjata tradisional.

Sumber cerita: Arkib Negara Malaysia, Sejarah Melayu, Wikipedia dan cerita orang tua.

Lawatilah Makam Dol Said ini bila kelapangan untuk mengenang perjuangan menentang penjajah.

Peristiwa Bukit Kepong


Sedikit Cerita Mengenai Bukit Kepong Dari Cerana Blog


Tragedi hitam ini tercatat dalam sejarah kepolisan negara yang kekal dalam ingatan sepanjang zaman. Subuh 23 haribulan Febuari 1950( bersamaan 5 Jamadilawal 1369H). Balai Polis Bukit Kepong terletak di sebuah daerah yang terpencil, kira-kira 59 kilometer ke utara Muar, telah diserang oleh pengganas komunis yang diketuai oleh seorang bangsa Melayu, yang berasal dari Batu Pahat bernama Mat Indra, yang didakwa kebal.

Serangan mengejut waktu tengah malam bertepatan pada Hari Raya Cina itu dilakukan dari arah pinggir bukit berhampiran pekan Bukit Kepong. Dianggarkan kira-kira 183 pengganas komunis melakukan serangan serentak ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang pada masa itu diketuai oleh Ketua Balai, Sarjan 3493 Jamil bin Mohd.Shah, seorang koperal, seorang Lans koperal, 8 Mata-Mata, 4 Mata-Mata laut dan 3 Mata-Mata Tambahan. Sarjan Jamil ketika itu baru sahaja ditugaskan di balai polis itu, pada masa itu beliau berusia 38 tahun. Oleh kerana belum sempat membawa isteri, beliau tinggal sementara di berek bujang yang terletak di belakang Balai Polis Bukit Kepong, yang berhampiran dengan sungai. Perlu dinaytakan, Balai Polis Bukit Kepong pada masa serangan itu, adalah sebuah balai polis yang terletak dibawah jagaan Ketua Polis Daerah Pancor ( OCPD ) yang berpejabat di Balai Polis Pagoh. Oleh kerana balainya kecil, ia berada di bawah jagaan polis daerah Muar yang diketuai oleh Khalid bin Dato Kelana Putra, anak Undang Luak Sungai Ujung, sementara ketua polis yang menjaga seluruh balai ialah Tuan H.M. Strenthern.

Banyak perkara pelik berlaku pada sehari sebelum Bukit Kepong diserang, antaranya pada pagi 22haribulan Februari 1950, masyarakat cina Bukit Kepong sebagaimana biasanya mengadakan sembahyang di sebuah tokong dekat tanah tinggal di belakang deretan kedai di pekan Bukit Kepong yang sepi itu. Seperti tahun-tahun sebelum menjelang Tahun Baru Cina, mereka di segenap kampung berhimpun datang bertali arus sehari suntuk untuk menyembah tokong. Tetapi pada masa itu, mereka pulang lebih awal, tergesa-gesa dan berkeadaan mencurigakan. Cakap-cakap tentang keadaan itu telah sampai ke telinga anggota polis yang bertugas pada hari itu, tetapi malangnya mereka tidak dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Seorang pegawai gerakan dari ibupejabat polis daerah Muar berpangkat Inspektor telah sampai di Balai Polis Bukit Kepong dengan menaiki sebuah motorbot polis marin pada tengah hari 22hb Februari 1950. Pegawai itu pada asalnya datang untuk melawat balai telah mengarahkan peluru-peluru lama yang tidak digunakan digantikan dengan yang baru, malah ditambahkan lagi bekalan peluru setelah mendapati banyak peluru yang telah rosak atau tidak boleh digunakan lagi. Beliau seorang Inggeris, seolah-olah merasa ada sesuatu yang tidak kena sewaktu bertemu dengan Sarjan Jamil sebelum menaiki bot pulang ke Lenga. Pegawai tersebut memang bernasib baik kerana membuat keputusan untuk pulang ke Lenga pada petang itu juga dan tidak bermalam di Balai Polis Bukit Kepong.

Menceritakan semula detik-detik Balai Polis Bukit Kepong diserang, ada cerita (tetapi tidak dipastikan kebenarannya) yang menyatakan sehari sebelum diserang, muncul seorang lelaki Melayu yang sering keluar masuk balai dengan bebas. Lelaki separuh umur yang tinggal di kampung berdekatan itu telah menjalinkankan hubungan yang baik dengan anggota polis Bukit Kepong tanpa rasa curiga. Antara beberrapa catatan mengenai serangan Bukit Kepong..

Pada tahun 1950, Bukit Kepong didiami oleh 1200 orang. Kebanyakannya orang Melayu yang mengambil upah menoreh getah. Terdapat 20 kedai papan milik orang cina di Bukit Kepong.

Balai Polis Bukit Kepong terletak di dalam kawasan seluas 62 meter persegi. Terdapat 3 bangunan, iaitu balai, deretan rumah kelamin, dan deretan dapur di belakang rumah-rumah itu.

Balai Polis Bukit Kepong terletak di tebing Sungai Muar dengan deretan kedai-kedai yang dipagari dengan kawat berduri. Terdapat 2 buah pintu( 1 mengadap tangga dan 1 mengadap ke Sungai )

Serangan ke atas balai Bukit Kepong bermula pada pukul 4.30 pagi bersamaan dengan 23hb Feburari 1950.

Tembakan pertama mengenai AP 2127 Osman bin Yahya. Beliau gugur serta merta.

Pihak pengganas mengentikan serangan pada pukul 10.00 pagi. Sebelum bergerak ke dalam hutan. Mereka telah menconteng perkataan "Hapuskan Penjajah British dan Anjing Pemburuannya" di sebuah kedai.

23 orang anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan yang paling menyayat hati itu.

5 orang orang anggota Polis cedera parah, seorang daripadanya 7645 Yusuf Bin Rono masih hidup ( meninggal dalam tahun 1980-an)

Penghulu Bukit Kepong pada masa serangan itu dilakukan ialah Penghulu Ali bin Mustafa. Bersama-samalah kita bersedekahkan Al-Fatihah.....