Pages

Monday, August 13, 2012

Sejarah Wang Kertas Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri

Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.

Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.

Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.


0 comments:

Post a Comment