Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan
Batu, S’gor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan
kemenangan parti tersebut di S’gor yang menyaksikan 50:50 di S’gor.
Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar KL.
Perarakan hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale dan menuju ke Kg Baru.
Sedangkan di Kg Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi
kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini
letaknya rumah Menteri Besar S’gor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak
dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada
pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka
akan menyapu (‘menyingkir’) orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat
Melayu, penyapu mempunyai maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan
meludah dr atas lori ke arah org Melayu di tepi jln.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jlnraya turut berlaku.
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jlnraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jln dgn kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar
menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pd hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon
maaf di atas ketelanjuran ahlinya melakukan kebiadapan semasa
perarakan. Yeoh menang besar di kwsn Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan
maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar S’gor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan
emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari ke2 pihak. Perarakan ini x
dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar S’gor di Jln Raja Muda
Abdul Aziz di Kg Baru, KL. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar S’gor
ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa2nya, mrk yang berkumpul
telah membawa senjata pedang dan parang pjg dan hanya menunggu isyarat
lampu hijau dr Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita2 tentang kebiadapan ahli parti Gerakan
tersebar dan meluap2. Jam 3 petang datang berita kejadian pembunuhan
orang Melayu di Setapak, hanya dua km dari rumah Menteri Besar S’gor.
4.00 petang 2 penunggang motosikal Cina yang melalui Jln Kg Baru
telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya
dibunuh. Pemuda2 Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi2 gelap telah
bertindak balas. Mereka membunuh orang2 Melayu di sekitar KL. Rupa2nya
orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi,
tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang
tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar
KL. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga
keselamatan sekitar KL.
Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU dikeluarkan dr Kg Baru dan askar dari Rejimen Renjer
ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang2 Melayu, Iban,
Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain2 turut menembak orang Melayu dan ini
menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap2. Menurut laporan,
ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda2 Melayu yang mempertahankan Kg Baru dan yang lain2 mengamuk
merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen
Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar S’gor.
Askar Melayu
Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar
Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kg Baru, Jln Tuanku
Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar
Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai2 emas
Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut
berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih
timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap,
dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang,
tiada bukti yang sahih mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda2 Cina dari kongsi2 gelap telah bertindak mengepung Panggung
Odeon, di Jln Tuanku Abdul Rahman, KL. Beberapa iklan disiarkan dalam
bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar
dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati.
Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,
Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di KL yang turut menonton
wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura2 mati. Beliau
masih hidup hingga skrg. Akibat daripada tindakan sebegini, orang2
Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang
dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan2nya dari Semenyih yang datang ke KL
turut terperangkap dan terkejut dgn rusuhan kaum yang tidak disangka2
pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah2 mayat mereka yang telah
terbunuh di atas jln.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari
Sungai Manik hendak datang ke Kg Baru tetapi tersekat. Begitu juga
dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan
disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kg Baru mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang mahal . Sesiapa yang
memakainya menjadi kebal dan boleh terbang2. Apa yang pasti, Askar
Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kg Baru ketika itu.
Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang
terbang dan memenggal kepada orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang
pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa2.
Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini
sebenarnya adalah pergaduhan “politik” dan bukanya perkauman. Kerana
sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang
harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan x berlaku di negeri melayu
kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya
hari ini tiada lagi orang cina di negeri2 tersebut kerana habis di bunuh
oleh orang melayu.
Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia
hanya terjadi selepas pilihanyaraya dan hanya melibatkan orang2 melayu
dan cina di KL shj.
Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143
ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi
dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley
menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan
kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan
pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku
sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara
dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen
dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku
Abdul Rahman dipersalahkan oleh org Melayu dan Malaysia secara
keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.
Buku “Dilema Melayu” (“Malay Dilemma”) oleh Tun Dr Mahathir telah
diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim
memburukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil
bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan
seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan
memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan
Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan KL dibentuk bagi mengurangkan
pengundi Cina dalam DUN Sgor. Beberapa ahli politik yang dianggap
berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah
dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi
(hak-hak keistimewaan bumiputera) mendpt tafsiran semula.
0 comments:
Post a Comment