KEDUDUKAN KE-5 : Pembunuhan Altantuya Shaariibuu
Tarikh pembunuhan : 18 Jun 2006.
Mayat Altantuya telah diletupkan sehingga menjadi cebisan dan ditemui
bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak
Alam, Shah Alam, Selangor. Altantuya telah ditembak dua kali sebelum bom
jenis C-4 diletupkan pada mayat mangsa. Mahkamah mengambil masa 159
hari untuk menyelesaikan kes berkenaan dimana tertuduh, Sirul Azhar dan
Azilah dijatuhi hukuman mati.
KEDUDUKAN KE-4 : Pembunuhan Sosilawati Lawiya
Tarikh pembunuhan : 30 Ogos 2010
Merupakan kes pembunuhan berprofil tinggi yang terbaharu. Jutawan
kosmetik, Sosilawati Lawiya telah dibunuh bersama-sama dengan peguam,
penasihat kewangan dan pemandu beliau apabila mereka membuat perjalanan
ke Banting untuk berunding berhubung perjanjian tanah. Keempat-empat
mangsa yang dilaporkan hilang, dipukul sehingga mati dan mayat mereka
kemudiannya dibakar. Abu mereka bertaburan di sepanjang sungai
berhampiran Ladang Gadong di Tanjung Sepat, dekat Banting. Buat masa ini
seorang peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan dituduh melakukan pembunuhan
tersebut.
KEDUDUKAN KE-3 : Pembunuhan Canny Ong
Tarikh pembunuhan : 14 Jun 2003
Canny telah diculik dengan diacukan sebilah pisau ke arahnya, di
kawasan meletak kenderaan di kompleks membeli-belah Bangsar. Kemudian
mangsa dirogol, ditikam dan dicekik sebelum di buang ke dalam longkang
di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya.
Penyerangnya, Ahmad Najib Aris kembali sehari kemudian untuk membakar
mayat mangsa. Ahmad Najib kemudiannya menerima hukuman gantung sampai
mati.
KEDUDUKAN KE-2 : Pembunuhan Nurin Jazlin
Tarikh pembunuhan : Diantara 20 Ogos 2007 (hilang) sehingga 17 September 2007 (ditemui)
Gadis yang berusia lapan tahun itu dilaporkan hilang selepas dia
pergi ke pasar basah berhampiran rumahnya untuk membeli klip rambut pada
malam 20 Ogos 2007, di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, mayat mangsa
ditemui di dalam sebuah beg pada pagi 17 September 2007. Mangsa ditemui
telanjang, dalam kedudukan janin dengan timun dan terung disumbat ke
dalam kemaluannya. Siasatan telah dijalankan, tetapi sehingga hari ini
pihak polis masih gagal mengesan pembunuh.
KEDUDUKAN KE-1 : Kes Mona Fandey
Tarikh pembunuhan : 18 Julai 1993 (10-12 malam)
Mangsa, Mazlan Idris yang juga merupakan ADUN Batu
Talam, ingin meningkatkan kerjaya politiknya meminta bantuan Mona.
Semasa upacara “pembersihan”, mangsa diarahkan berbaring di atas lantai
menghadap atas, manakala Mona meletakkan bunga kepadanya. Mangsa
kemudiannya diarahkan untuk menutup mata dan menunggu wang “jatuh dari
langit”. Pembantu Mona, Juraimi Hassan kemudian memenggal kepala mangsa
dengan sebilah kapak sebelum mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian.
Mayat mangsa dijumpai dalam 18 keratan, dikebumikan di stor berhampiran
dengan rumah Mona di Pahang.
Monday, June 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment