Tidak semua pertanyaan ada jawapannya. Demikian pula dengan sejumlah
peristiwa dan fenomena alam di bumi ini. Tidak semua boleh dijelaskan.
Bagi anda yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda
berada di dalam minat anda. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat
dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan
Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang dapat dihuraikan.
Kisah misterinya bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut
dicatakan oleh pelayar terkenal iaitu Christopher Columbus.
Sekitar
1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia
barunya, Amerika Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di
Segitiga Bermuda. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas
di kapalnya berubah berkali-kali. Padahal cuaca pada hari itu sangat
baik.
Lebih dari itu, tidak jauh dari kapalnya, pada
suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya dikejutkan dengan kemunculan
bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga
menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang
begitu saja.
Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah
ini, indera keenam memang seperti dihantui 'suasana' yang tak biasa.
Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung, kerana mendapat
'pertunjukkan'. Lain dengan kapal-kapal yang lalu di situ.
Menurut catatan seharian, peristiwa terbesar yang pernah terjadi di wilayah ini adalah lenyapnya sebuah
kapal berbendera Inggeris, Atlanta, pada 1880. Tanpa jejak, kapal yang
dinaiki tiga ratus kadet dan perwira AL Inggeris itu ghaib di sana.
Selain Atlanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal
lainnya.
Segitiga
Bermuda juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya.
Peristiwa terbesar yang kemudian dilaporkan sekitar 1990 lalu adalah
ghaibnya lima Grumman TBF Avenger AL Amerika Syarikat yang tengah
mengawal melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Disember 1945.
Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melaporkan,
bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa
minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi
isyarat SOS.
Anehnya, misteri Avenger tak berakhir di
situ saja. Ketika sebuah pesawat SAR jenis Martin PBM-3 Mariner dihantar
untuk mencarinya, pesawat amfibia dengan 13 anak kapal ini pun turut
lenyap. Hilang bak ditelan udara. Keesokan harinya ketika wilayah-
wilayah laut yang diduga menjadi tempat kecelakaan keenam pesawat disapu
enam pesawat penyelamat pantai dengan 27 anak kapal, tiada satu pun
serpihan pesawat ditemui.
Tahun
demi tahun berlalu. Sekitar 1990, tanpa diduga seorang pengkaji berjaya
menjumpai serpihan kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale,
Florida. Orang ramai terkejut kerana ketika cantuman dibuat ianya adalah
sebahagian daripada bahagian pesawat TBF Avenger.
Banyak
teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada
yang menyebut teori pelangkauan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi
atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada
juga yang mengaitkannya dengan fenomena gempa laut, serangan gelombang
tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa
luar sana.
Apa pun yang pasti Segitiga Bermuda ini akan tetap terus menjadi misteri...
Thursday, May 31, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment