1. PENGENALAN
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan
data berelektronik yang
menerima dan menyimpan data, melakukan
operasi aritmetik
( pengiraan ) dan logik ( membuat
keputusan ) ke atas data dan
kemudian mengeluarkan keputusan
( maklumat ). Komputer
memproses data secara automatik
( tanpa pertolongan manusia ) di
bawah arahan program yang tersimpan
dalam unit storan utama.
Program ( atau aturcara ) mengandungi
jujukan arahan-arahan yang
mengarahkan komputer mengatasi
sesuatu masalah dengan
menggunakan unit-unit yang ada
padanya.
Sejarah dan perkembangannya pula,
perlu dilihat secara kasar dan
ringkas supaya kita boleh menghargai
teknologi komputer masa kini.
Sejarah bermula dari zaman purba
di mana manusia telah pun
mencipta dan menggunakan pelbagai
sistem pengiraan untuk
kerja-kerja harian mereka. Walaupun
sistem yang digunakan pada
zaman itu primitif, tetapi sistem
itu mencukupi dan memenuhi
matlamat mereka. Namun sepanjang
perkembangan itu, manusia
sentiasa mencari cara supaya mereka
boleh mengira dengan cepat dan
tepat. Ini memandangkan kepantasan
akal manusia bagi
melaksanakan tugas mengira adalah
terbatas. Selain itu, terlalu kerap
menghasilkan kesilapan dan jawapan
kurang tepat. Oleh itu, alat atau
mesin mengira yang cepat dan tepat
sentiasa diusahakan.
Sejarah perkembangan komputer boleh
dibahagikan kepada 3
bahagian untuk menggambarkan pendekatan
manusia ke arah
penciptaan komputer yang ada sekarang
iaitu :
a) Sejarah teknik merekod
b) Sejarah mesin kad tebuk
c) Sejarah komputer elektronik
Sesetengah buku pula menyatakan
bahawa sejarah pengkomputeran
boleh dibahagikan mengikut zaman
iaitu :
a) Zaman kaedah primitif
b) Zaman kaedah mekanik
c) Zaman kaedah elektronik
Walaupun terdapat perbezaan dalam
menyatakan sejarah
perkembangan komputer namun kandungannya
sama iaitu manusia
menggunakan pelbagai jenis peranti
di dalam pemprosesan data.
2. SEBELUM 1940
Sejarah perkembangan awalan merekod
ialah di mana orang Sumeria
menulis di atas kepingan tanah
liat. Orang Mesir menulis di atas
Papyrus dan menggunakan 'Calmus'
sebagai alat menulis. Orang
Greek dan Romania menggunakan buku
yang diperbuat daripada
kepingan kayu nipis berlilin. Kertas
dan pen mula digunakan sejak
kurun ke 14. Namun pada zaman primitif,
manusia mengiran dengan
menggunakan jejari tangan dan kaki
untuk mewakili nilai atau
bilangan nombor. Jika rekod yang
tetap dikehendaki, berbagai-bagai
kaedah digunakan. Satu daripada
kaedah-kaedah itu ialah
menandakan rekod itu di permukaan
kayu-kayu atau tulang-tulang
binatang.
Peranti pengira terawal ialah sempoa
( abakus ) yang dipercayai direka lebih daripada 3,000 tahun
dahulu ( sesetengah buku menyatakan 1,500 tahun ) dalam
budaya Mediterranean kuno. Bagi masyarakat Jepun, abakus dikenali
sebagai 'Soroban'. Perkataan 'abakus' bermaksud debu dalam bahasa
Semitik. Ia adalah bahasa yang digunakan oleh penduduk tamadun
sekitar lembah
Euphrates-Tigris. Seorang ahli
Matematik kurun ke 11 mentakrifkan
sebagai "flying so quickly that
the eye could not follow their movement".
Selepas itu, muncul Tetulang
Napier yang telah direka oleh ahli
Matematik Scotland bernama John
Napier pada tahun 1617.
Keupayaan Tetulang Napier ialah
melakukan operasi darab dan
bahagi namun pengiraan menggunakan
alat ini adalah lambat. Atas
sebab itu pada tahun 1645 pula,
Blaise Pascal telah membina mesin
Pascaline iaitu mesin pengira mekanikal
yang pertama. Nombor boleh
ditambah atau ditolak dengan memusing
roda-roda kecil yang
mempunyai angka 0 hingga 9. Roda
bergear gerigi digunakan
untuk melaksanakan putaran.
Pada tahun 1673, mesin pengira Leibnitz
atau ' Stepped Reckoner '
telah direka oleh ahli Falsafah
dan Matematik Jerman, Baron
Gottfried Wilheim Von Leibnitz
dengan mengubah suai mesin
Pascaline. Ini merupakan detik
permulaan ke arah rekaan mesin kira
automatik. Alat ini berupaya mengubah
operasi aritmetik yang
kompleks kepada beberapa siri langkah
yang mudah. Sejarah
perkembangan komputer kemudiannya
menembusi bidang
penenunan sutera pada tahun 1804
apabila Joseph-Marie Jacquard
telah membangunkan mesin menenun
sutera yang boleh diatur cara
yang pertama. Mesin tersebut boleh
dikawal dengan satu set arahan
untuk melaksanakan satu tugasan
khusus. Sudah pasti inilah teori
asas di sebalik komputer dan pengkomputeran.
Menyusul selepas itu ialah Charles
Babbage yang digelar 'Bapa
Komputer' atau 'Arkitek Komputer
Moden' telah membina Enjin Perbezaan ( Different Engine )
pada tahun 1822. Malangnya pembinaan ciptaan babbge tidak
disiapkan akibat beberapa masalah teknikal. Seterusnya pada tahun
1833, Enjin Analitik ( Analytical Engine ) mula dibina. Namun usaha
pembinaan ini tidak dapat disiapkan kerana teknologi pada
masa itu tidak mampu menyediakan komponen-komponen yang jitu. Usaha
Babbge dilaksanakan oleh George Scheutz pada tahun 1855
dan pada tahun 1889, Henry anak lelaki Babbage mereka sebahagian
daripada kilang Enjin Analitik itu.
Pada tahun 1854, ahli matematik
berbangsa Inggeris, George Boole telah mencipta satu bidang algebra.
Tahun 1890 pula, Hermann Hollerith telah mencipta mesin
Penjadualan Hollerith. Mesin ini telah digunakan bagi bancian pertama
di Russia. Mesin Hollerith telah
menggunakan konsep kad tebuk ciptaan
Joseph-Marie Jacquard. Pada tahun 1937 pula, Howard Aiken
memperkenalkan mesin yang dibuat daripada komponen-komponen
mekanik dan elektonik yang
dinamai Mark 1. Mesin ini boleh
menyelesaikan masalah fungsi trigonometri dan pengiraan asas.
3. SELEPAS 1940
Perkembangan komputer bertambah
rancak setelah memasuki dekad
40an. Beribu-ribu komputer telah
dibina dan perkembangan
komputer telah menghasilkan mesin
yang tinggi kelajuan, storan dan
ingatan. Zaman ini menandakan permulaan
generasi komputer.
Terdapat lima generasi komputer
kesemuanya dan setiap generasi
mempunyai cirinya tersendiri.
Generasi Pertama ( 1942 - 1959
)
Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas.
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat;
lebih pantas
daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet
adalah
gelang-gelang logam yang amat kecil
dan boleh memberikan kuasa
magnet melalui satu dari dua arah.
Contoh :
a. ABC - komputer digital
elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John
V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
b. ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper
Eskert.
Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.
c. EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann,
Mauchly dan Eskert
( 1951 )
d. IBM 701 ( 1953 )
e. IBM 650 ( 1959 )
Generasi Kedua ( 1959 - 1964
)
Ciri-ciri :
1. Menggunakan transistor menggantikan
tiub hampagas. Tiub
hampagas
adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik
yang banyak
dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak.
2. Keserasian terhad. Atur cara
yang ditulis untuk satu komputer perlu
diubah untuk
dilaksanakan pada komputer lain.
3. Menggunakan hanya pita untuk
storan yang boleh memproses secara
jujukan sahaja.
4. Menggunakan bahasa aras rendah
iaitu bahasa simbolik.
5. Lebih kecil, ringan, murah
tahan lama dan mudah digunakan.
6. Bahasa pengaturcaraan peringkat
tingi seperti FORTRAN dan
COBOL.
Contoh :
a. IBM 1400 - Pencipta John
Bardeen, William Shockley dan Walter
Brattain.
b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR
315 dan BURROUGHS 5000.
Generasi Ketiga ( 1964 - 1970
)
Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi litar
bersepadu yang terdiri daripada
beribu-ribu
transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan.
Beberapa pengguna
berkongsi
mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak
dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan
seperti BASIC dan Pascal.
Contoh :
a. IBM 360 ( 1964 )
b. Bermulanya era minikomputer
- PDP-8 ( 1965 )
c. ICL 1900 ( International
Computer Limited ) dan VAC 9000
Generasi Keempat ( 1970 - ? )
Ciri-ciri :
1. Penggunaan litar bersepadu
berskala besar. Istilah yang digunakan
ialah Penyepaduan
Skala-Besar ( Large-Scale Intergration ataupun
LSI ).
2. Penggunaan mikropemprosesan
pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan
maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali
saiz ingatan
mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera
pada ingatan baca sahaja ( Compact Disc
Read Only
Memory ( CD ROM ) ).
5. Ingatan utama komputer menjadi
lebih cekap, pantas dan besar.
Contoh :
a. IBM 370 ( 1970 )
b. PDP-11 ( 1970 )
c. bermulanya era mikrokomputer.
Mikrokomputer pertama ialah MITS
( Altair
8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak
dan Steve
Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET.
d. VisiCalc ( Visible Calculator
) - sebuah pukal hamparan elektronik
oleh Dan
Brickland.
e. Super komputer yang popular
ialah CRAY I.
Generasi Kelima ( ? )
Ciri-ciri :
1. Lebih canggih, lebih murah,
lebih pantas dan lebih hebat daripada
yang sedia
ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap',
dan 'berfikir'
seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan
iaitu setakat mana manusia membuat
komputer
itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara
selari berbeza dengan caranya sekarang
dan membolehkan
tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa
untuk membuat penaakulan, belajar dan
membuat kesimpulan.
Contoh :
a. Pentium III
4. PENGKOMPUTERAN
DI MALAYSIA
Mengikut perkembangan
komputer tempatan, kita dapat merasakan ledakkannya
yang agak drastik. Komputer kini telah menjadi sebahagian
daripada keperluan dan mpengaruhi kehidupan seharian
kita.
Sebenarnya komputer telah diperkenalkan kepada masyarakat
dunia sejak beberapa abad lalu. Di negara kita, komputer mula digunakan
di Malaysia pada tahun 1965 apabila Lembaga
Letrik Negara
menggunakan komputer untuk memproses gaji kakitangan
dan juga akaun syarikat. Tetapi komputer tidak disambut baik pada
ketika itu kerana kos komputer yang tinggi dan kekurangan
tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang komputer.
Kini atas
kesedaran masyarakat tentang kepentingan komputer terhadap
pembangunan negara, maka kita dapat melihat perubahan positif yang
agak ketara. Komputer digunakan oleh masyarakat mengikut
keperluan masing-masing bukan sahaja digunakan oleh agensi kerajaan
dan swasta tetapi juga orang awam. Malaysia sekarang
muncul sebagai pengguna yang keempat terbesar di Asia.
Pada tahun
1988, sebuah syarikat tempatan telah memulakan pengeluaran
mikrokomputer serasi IBM - PC yang dinamai ACCENT 2001 - PC.
Perkembangan ini diikuti oleh beberapa buah syarikat tempatan
lain dalam pengeluaran PC. Pada tahun-tahun akan datang, keperluan
tenaga mahir dalam komputer akan berlipat ganda. Peluang kemudahan
sistem komputer pusat ini diterima kerana Malaysia
mempunyai sistem komunikasi yang baik.
5. PENDIDIKAN
Walaupun penggunaan
komputer kini meluas ke pelbagai bidan dan
sektor masyarakat
seperti perindustrian, perubatan dan penyelidikan,
perdagangan,
hiburan, pengangkutan, komunikasi dan sektor awam;
namun tumpuan
diberikan kepada bidang pendidikan. Ini
memandangkan
kepada 3 sebab utama komputer digunakan dalam
pendidikan
iaitu :
a) perkembangan
teknologi baru telah menawarkan satu teknologi
maklumat yang berkuasa, bersepadu serta berfungsi kerana kaedah
ini memudahkan penyimpanan dan penyampaian maklumat
kepada para pendidik dan pelajar.
b) komputer
berperanan sebagai alat berkaitan dengan maklumat dan
pengetahuan.
c) para pendidik
dan pelajar memerlukan maklumat dan pengetahuan
sebagai kunci kejayaan.
Mengikut pendapat
Robert Taylor ( 1980 ), peranan komputer dalam
pendidikan
terbahagi kepada 3 iaitu TUTOR, TOOL dan TUTEE.
Sebagai TUTOR,
komputer berperanan sebagai pengajar melalui
pendekatan
pengajaran berbantukan komputer. Sebagai TOOL,
komputer
menjadi alat untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran
seperti konteks pengajaran berintergrasikan komputer.
Sebagai TUTEE
pula, komputer berperanan sebagai alat yang
diajar. Proses
ini berlaku apabila pelajar memberi arahan kepada
komputer
atur cara yang disediakan sendiri.
Penggunaan
komputer memberi kesan yang besar dan bermakna
terhadap
kualiti pembelajaran iaitu :
a) memudahkan
penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih
efisien.
b) membenarkan
pendidik menyediakan pendekatan pengajaran baru
yang lebih efektif.
c) memudahkan
penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan
pembelajaran seperti multimedia, simulasi dan aktiviti kumpulan
menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.
d) komputer
adalah media ideal untuk pengajaran individu dan
pemulihan.
Dalam keghairahan
menikmati pengaplikasian IT, kita juga terdedah
kepada implikasi
negatif akibat penyalahgunaan komputer ini.
Golongan
remaja terutamanya terdedah kepada budaya negatif ini
sehinggakan
boleh mempengaruhi corak kehidupan mereka ke arah
yang bertentangan
dengan agama dan budaya rakyat Malaysia.
Internet
misalnya menyediakan pelbagai kemudahan untuk dilayari
bukan untuk
disalahgunakan tetapi malangnya sekarang terdapat
pelbagai
isu yang kurang menyenangkan. Oleh itu, dalam
memperolehi
kebaikan kita seharusnya berwaspada dan bijak
menggunakan
kemudahan yang sedia ada.
6. KESIMPULAN
Kesimpulannya,
komputer akan bertambah maju pada masa kan
datang. Ia
akan menjadi lebih kecil tetapi lengkap dengan ciri-ciri
yang lebih
baik dan berguna. Komputer masa depan boleh menaakul,
berfikir,
membuat keputusan dan belajar dari kesalahan. Ia juga lebih
pantas dan
berkuasa serta mempunyai kapasiti ingatan yang lebih.
Namun
ia mudah digunakan dan lebih praktikal. Tambahan
komputer
masa hadapan akan membuat lebih banyak tugas serentak.
Oleh itu,
ia akan menjimatkan masa dan lebih ramai orang yang akan
menggunakannya
dalam menjalankan tugas harian.
Apa yang perlu
bagi kita ialah bijak menggunakannya dan sentiasa
bersedia
dan berwaspada pada implikasi yang mungkin akan timbul
tanpa diduga.
Tuesday, July 24, 2012
Tuesday, July 17, 2012
Kota-kota Melayu Serta Khazanah Melayu Yang Dimusnahkan
Kota-Kota Melayu Serta Khazanah Negara Yang Dimusnahkan British Dan Talibarutnya.
Kerajaan Kedah sering di sebut sebagai kerajaan tertua dalam sejarah kerajaan beraja serta kesultanan yang panjang di nusantara yang bermula pada tahun 700 masihi lagi. Hubungan dengan negeri-negeri di timur tengah dan asia barat serta timur meninggalkan kesan dan pengaruh yang luas termasuklah kebudayaan, kesenian, agama, politik dan perdagangan.
Kesan-kesan seni warisan melayu ini banyak dapat di kesan di Kedah walaupun banyak kota-kotanya dikhianati, dihancurkan dan ditanam oleh pihak-pihak musuh Allah.
Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhi sebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan dinasti Ahlul Bait Al-Jefri Merong Mahawangsa. Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyak kota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, Kota Star, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Sharifah dan lain-lain.
Gerbang Kota Star telah dimusnahkan setelah kematian Sultan Badlishah oleh cucu raja Thai Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Sultan Badlishah merupakan anak-anak Ahlul Bait Merong Mahawangsa kerana ibunya Tunku Sharifah Sofea al-Jefri ialah anak saudara kepada Maharaja Melayu DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah al-Jefri.
Buku Undang-Undang Kedah termaktub perkataan HUKUM KANUN DATO’ KOTA STAR yang buku ini selesai ditulis pada tahun 220 hijrah @ 812 masihi oleh cucu Maharaja Merong Maha Wangsa yang ketika itu menjadi D.O. atau Raja Daerah di Aceh.
Kota Star dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala gerbangnya diruntuhkan pada tahun 1960 untuk memberi laluan pada pembangunan kononnya. Di tapaknya di bina bangunan baru iaitu Wisma Negeri.
Seperti kes Tunku Abdul Rahman menukar Kota Kayangan menjadi Muzium Perlis. Di tahun-tahun berikutnya beliau datang semula ke Perlis dan mengatakan muzium ini terlalu lama dan buruk, seeloknya ditukarkannya kepada bangunan muzium yang baru. Maka terjadilah malapetaka kepada warisan Melayu yang mana Kota Kayangan yang gah dengan batu-bata serta diselang seli kayu-kayu meranti yang halus ukirannya juga dipenuhi dengan simbol-simbol empayar Kedah Tua habis dirobohkan oleh beliau.
Tidak habis dengan itu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj al-Thai telah mengetuk batu-batu nisan yang lama digantikan dengan yang baru manakala nisan-nisan kayu dibiarkan. Beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu juga menjejaki seluruh warisan Kedah Tua di Negeri Perlis dan negeri-negeri lain untuk dimusnahkan.
KENANGAN GERBANG KOTA STAR 1960 BERSEBELAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN. JIKA GERBANG PINTU MASUK KE KOTA SEBEGINI GAH DAN CANTIK TENTU KOTANYA YANG DIRUNTUHKAN DI ZAMAN SI LAKNAT RAJA THAI CHULALONGKORN LEBIH HEBAT LAGI.
Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James Low dari buku “Sejarah Kedah Sepintas Lalu“, mencatatkan Raja Thai Chulalongkorn telah mengarahkan tentera-tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah kerajaaan Melayu Siam Malacca, antaranya ialah :-
1. Kota Raja Melayu Siam Kedah Pelabuhan Kota sekitar Kota Teluk Bahang, Kuala Kedah.
2. Kota Palas Istana Sultan Maulana di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi .
3. Istana Maharaja Jalil Sutan Yaakub Kedah Langkasuka Khrun Waran Wangsa tahun 1548 M .
4. Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil dan di situ masih terdapat Perigi Puteri Dayang yang dibina bersebelahan kota tersebut .
5. Istana Sultan Sheikh, Sultan Abdul Kadir Shah Alam tahun 904 M di pekan Langgar, Kedah.
6. Kota Pagar Air Istana Sultan Hussain Shah Alam di Limbung, Kedah.
7. Istana Dato’ Paduka Maharaja Nai Cau Shin Ibni Al Marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang.
8. Kota Sarjana di Alor Ganu milik Rama Tibodi 1 Ananda Pagan Ibni Al Marhum Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mencipta wang emas yang ada di Muzium Negeri Kedah.
9. Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu milik Sultan Sharif Abu Bakar Shah.
10. Istana Maharaja Melayu Siam Syburi Sultan Syeikh Ali Kaifa Tabim di Utan Aji, Perlis.
11. Kota Naga dan Kota Siputeh di Daerah Kubang Pasu.
12. Kota Sarang Semut, Pendang, Bukit Choreh milik Sultan Badrul Munir dan periginya masih wujud di kampung tersebut.
13. Kota Pinang Tunggal di Kulim, Kedah juga milik Sultan Saidina Jamalul Alam Sultan Badrul Munir.
14. Kota Merong Mahawangsa Muzafar Shah 700 M di Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah.
15. Istana Majlis Raja Iskandar Zukarnain di Lembah Bujang juga di Kuala Muda dan Gok Arang Maharaja Melayu Islam Sultan Jaafar Muadzam di Pulau Tiga, Kedah, rujuk mukasurat 49 Buku Undang-Undang Kedah.
16. Istana Maharaja Melayu di Pusat Pembuatan Senjata Api, Merbuk, Kedah juga milik Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.
17. Istana Bendang Raja, Kubur Panjang di Pendang milik Sultan Muzaffar Shah Kuala Kangsar yang mana sebelum itu merupakan Raja Melayu Siam daerah Kemboja tahun 1788 M.
18. Kota Burha Istana Raja Legeh milik Tuanku Long Taha Ibni Almarhum Tuanku Long Putra di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.
19. Kota Oo, Pelantik, Sik, Kedah milik Raja Idris Jammu Pattani suami Ratu Hijau Pattani.
20. Kota Ruman juga di Sik, Kedah juga di miliki oleh suami Ratu Hijau iaitu Raja Idris Jammu Pattani.
21. Kota Istana Bukit Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang, Kedah.
22. Istana Maharaja Melayu Siam Sultan Muzafar Shah Kuala Kangsar di Kampung Dusun Raja, Padang Sanai, Daerah Padang Terap, Kedah.
23. Istana Maharaja Melayu Siam Songkla Sultan Syed Alang Alauddin di Kampung Nai Lang, Mukim Durian Burung di sebelah Thailand.
BAHAGIAN TEPI GERBANG ADALAH SEPERTI ARCA BATU NISAN KEDAH TUA YANG BERTEBARAN DI SELURUH NUSANTARA. SEBAB ITULAH GERBANG INI DIMUSNAHKAN KERANA GERBANG INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU ISLAM. IANYA BERBENTUK ARCA BATU NISAN YANG DIDAKWA BATU NISAN ACEH KONONYA. PADAHAL IANYA BATU NISAN KEDAH TUA.
INILAH MELAYU YANG DI WAR-WARKAN OLEH BRITISH, TIADA APA-APA PADA BANGSA MELAYU KECUALI ATAP RUMBIA DAN PERTANIAN.
Untuk memastikan kota-kota ini musnah secara total Raja Thai Chulalongkorn, datuk kesayangan Tunku Abdul Rahman telah datang ke Kedah bersama pegawai-pegawai penasihatnya yang berbangsa Inggeris, pada tahun 1890 M. Kedatangan dimulai di Pulau Langkawi dan seterusnya ke bandar Kota Star dan di sambut mesra oleh anak perempuannya merangkap isteri kedua Sultan Abdul Hamid yang bernama Cik Puan Manjalara.
Khazanah-khazanah yang bernilai sejarah yang berupa bangunan lama atau binaan lama gerbang-gerbang Di Raja, warisan-warisan silam lainnya yang terdapat di dalam dan di luar negeri Kedah berupa alat-alat senjata berat dan senjata-senjata api seperti senapang, lela rentaka, meriam-meriam melayu dan lain-lain dilupuskan dan diganti dengan milik penjajah contohnya meriam-meriam melayu diganti dengan meriam-meriam VOC milik penjajah.
Apa yang ada kaitan dengan ketamadunan Kedah Tua semuanya habis dimusnahkan. Kemudian penjajah-penjajah ini telah menukar nama bandar Kota Star kepada Alor Star kerana kata pegawai Inggeris, orang melayu tak perlulah kepada berkota-kota, cukuplah dengan nama “Alor”. Sejak itu nama Kota Star hanya dikenali sebagai nama District of Kota Star atau daerah Kota Star sahaja.
KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA.
Apabila Imperialis Belanda kalah di tangan tentera Perancis di bawah kekuasaan Napoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada British untuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelah merdeka nanti.
Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telah menghantar Stanford Raffles dan kerani bodohnya Munsyi Abdullah ke kota-kota Islam itu dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan Kerajaan Islam Kedah Tua di sana. Sehinggakan Kota Borobudur telah di “convert” menjadi candi kafir Buddha.
Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan kerana Candi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memiliki senibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat Kota Prambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil Hindu Prambanan.
BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA MENJADI KUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES.
Di Indonesia juga terdapat kota pelabuhan kuno Grisek di Jawa Timur. Kota ini ini dikatakan milik anak Sultan Kedah Tua yang bernama Siti Fatimah Maimun. Baginda merupakan Ratu di situ seperti Ratu Hijau yang memerintah Pantai Timur Semenanjung Melaka atas nama Kerajaan Pattani. Baginda datang ke Indonesia dibawa oleh ayahandanya pada tahun 1303 Saka atau 1381 masihi dalam misi mengislamkan orang-orang di sana.
JAB Wiselius seorang pengkaji dari barat mencatatkan, namanya ialah Dewi Suari dan ayahandanya ialah Sultan Kedah ( Gedah ). Pentadbiran baginda dibantu oleh pegawai-pegawai terlatih dibawah kelolaan seorang ulamak yang hebat pada masa itu bernama Maulana Malik Ibrahim. Ulamak tersohor ini didatangkan khas dari daerah Chempa, Cempaka Sari Kemboja.
Kajian Lembaga Research Pasentran Leluhur Islam Jawa Timur pula mengatakan Puteri Siti Fatimah Maimun dan Dewi Ratna Suari adalah orang yang sama iaitu puteri kepada Sultan Kedah. Masa hidupnya sezaman dengan Maulana Malik Ibrahim dan jarak wafat kedua tokoh ini hanya bezanya 20 tahun.
Baginda mangkat di Desa Laren, Manyan Grisek Jawa Timur dan makamnya sekarang ada bersebelahan Kota Grisek sebuah kota pelabuhan kuno. Siti Fatimah Maimun tercatat dalam sejarah sebagai pendakwah sufi di zaman kegemilangan Islam Kedah ketika itu. Catatan ini juga menjadi bahan kajian J.Wolbers juga salah seorang pengkaji sejarah dari barat.
MAKAM RATU SITI FATIMAH MAIMUN PUTERI SULTAN KEDAH BERSEBELAHAN KOTA GRISEK DI KOTA PELABUHAN KUNO GRISEK , JAWA TIMUR.
Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star. Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis. Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulan pohon Kundang termasuk juga pohon Rumia. (sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 oleh Wadiassofi Jaafar)
Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realiti ini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua.
Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yang namanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yang kononnya telah runtuh akibat ribut.
Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnya konon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAP RUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh.
Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star. Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis. Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulan pohon Kundang termasuk juga pohon Rumia. (sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 oleh Wadiassofi Jaafar)
Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realiti ini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua.
Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yang namanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yang kononnya telah runtuh akibat ribut.
Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnya konon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAP RUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh.
Tuesday, July 3, 2012
Sejarah Penerbangan Malaysia
Malayan Airways
Pada 2 April 1947, servis pertama bermula dengan pesawat Airspeed Consul terbang dari Singapura ke Kuala Lumpur. Dalam masa 3 bulan sahaja, servis udara MAL berkembang meliputi Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon.
British Overseas Airways Corporation (BOAC - sekarang British Airways), pelopor teknologi udara dan pemegang saham utama dalam MAL, kemudiannya membekalkan perkhidmatan teknikal seperti membaiki pesawat dan latihan. Kehadiran BOAC juga membolehkan MAL menjadi ahli IATA
.
Bagi memenuhi keperluan serantau MAL membeli satu DC-3 yang mampu menampung 21 penumpang. Manakala, pada tahun 1958, MAL menambah pesawat mereka dengan memperoleh lima pesawat Beavear dan satu DC-4 Skymaster, dimana pesawat ini digunakan untuk penerbangan ke Hong Kong, destinasi pertama MAL di luar Asia Tenggara.
Proses perkembangan pesawat diteruskan pada tahun 1959 apabila MAL memasuki era jet dengan pembelian pesawat Vickers Viscount. Mnakala pada tahun 1960, satu Lokheed Super Constellation memasuki servis MAL, digunakan untuk sektor Asia.
Melalui pembelian satu Briston Britania, yang mampu menerbangkan 82 penumpang, membolehkan pengangkutan udara meju setapak dimana MAL memulakan penerbangan tanpa henti pertama diantara Kuala Lumpur dan Hong kong
Malaysian Airlines Limited dan Malaysia-Singapore Airlines
Era 60-an menyaksikan perubahan dalam bidang pengangkutan udara. Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 membawa kepada penukaran nama Malayan Airways kepada Malaysian Airlines Limited (MAL). Dan sebagai penerbangan kebangsaan, MAL bertanggungjawab menghubungkan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dengan Malaysia barat iaitu Semenanjung Malaysia dan Singapura.Melihatkan pentingnya integrasi diantara Borneo dan Semenanjung Malaysia, maka Borneo Airways bergabung dengan MAL pada tahun 1963 dan membeli 5 F27.
Berikutan dengan kemerdekaan Singapura pada tahun 1966, kerajaan Malaysia dan Singapura mejadi pemegang saham utama di dalam MAL, menyebabkan penukaran MAL kepada Malaysia-Sinapore Airlines atau MSA. MSA memperkembangkan sayapnya dengan memulakan servis ke Manila, Perth, Sydney dan Taipei. MSA juga turut menambah pesawatnya dengan pembelian 3 Boeing 707 dan dua F27 dan mendirikan ibu pejabatnya di Robinson Road, Singapura. Manakala pada tahun 1968, MSA memulakan penerbangan ke Tokyodan Bali pada tahun 1969. Dalam masa setahun saja, MSA mengembangkan sayapnya ke Madras dan Colombo.
Tahun 1971 merupakan tahun yang cukup penting bagi MSA dimana pada tahun ini kerjasama diantara Malaysia dan Singapura berakhir. Perpecahan ini berikutan perbezaan pendapat di antara dua kerajaan. Singapura mahu menumpukan destinasi antarabangsa manakala Malaysia mahu menumpukan kepada perhubungan domestik. Ini menyaksikan lahirnya dua penerbangan, Sistem Penerbangan Malaysia bagi pihak Malaysia pada April tahun yang sama dan Singapore Airlines di pihak Singapura.
Malaysian Airline System
Pada tahun 1972 Malaysia Airline System atau MAS terbang ke 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa. Manakala pada November 1972, MAS menjadi ahli Orient Airlines Association (OAA).Pada tahun 1973, perkembangan yang pesat menyaksikan MAS menerbangkan 2 juta penumpang. Malah, globalisasi membolehkan MAS menambah destinasi antarabngsanya seperti Amman, Hat Yai dan Jeddah. Manakala, pada tahun 1975, majalah Wings of Gold diperkenalkan.
Pada tahun 1976, MAS memasuki era informasi dimana MAS menggunakan teknologi komputer untuk operasinya. Pesawat DC10 memasuki perkhidmatan membolehkan MAS menawarkan perkhdmatan yang lebih selesa dan efisien. Servis udara ke Frankfurt, Amsterdam dan Paris diperkenalkan.
Pada tahun 1985, melalui Dasar Penswastaan, MAS memasuki sektor korporat dengan menawarkan 70 juta saham untuk didagangkan. Dalam proses permodenan, MAS membina kemudahan membaiki dan membaikpulih pesawat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan mendirikan ibu pejabat baru di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Bangunan setinggi 36 tingkat ini menelan belanja RM88 juta, kini menjadi salah satu pencakar langit menghiasi Kuala Lumpur.
Malaysia Airlines
Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia. Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih untuk sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax.(sumber dari wikipedia)
Subscribe to:
Posts (Atom)