Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Featured Posts

Tuesday, September 4, 2012

Kisah Sebenar Disebalik Runtuhan Struktur Ayah Pin

Assalamualaikum semua,


sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama..

Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin

Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.

Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.









Sumber dari
Hj. Lokman
19 November 2010


Monday, August 13, 2012

Adakah mungkin untuk memasang kereta dengan gam?


Apabila anda membayangkan barisan pemasangan di kilang automotif, anda mungkin gambar mesin kimpalan, "rivet", "bolt" dan skru pengunci semua bahagian kereta bersama-sama. Anda mungkin akan terkejut untuk mempelajari bahawa pembuat kereta pada masa ini banyak menggunakan gam untuk "bond"  beberapa bahagian bersama-sama ke atas kenderaan moden. Ini bukan jenis gam yang anda akan dapati di bekas pensil seorang budak sekolah atau jenis gam yang mungkin anda gunakan untuk memasang model plastik - pelekat struktur automotif bahan termaju dipanggil "epoxies" yang boleh disesuaikan dengan "bond" untuk hampir mana-mana permukaan dan dapat bertahan kepada suhu melampau.

Menggunakan gam dalam pembuatan automotif bukan merupakan satu cara untuk meringkaskan atau mengklifikasikan kereta kepada yang lebih rendah. Pelekat yang moden ini menawarkan banyak kelebihan kejuruteraan ke atas kaedah tradisional dengan melekatkan dua bahagian bersama-sama. Malah, pelekat biasanya membentuk ikatan yang lebih kukuh daripada bahan-bahan yang mereka sedang ikatan bersama-sama. Pelekat boleh menjadi kunci untuk pembuatan yang lebih ringan, kereta yang lebih cekap, dan apabila bahan-bahan baru seperti komposit karbon digunakan, pelekat mungkin satu-satunya cara untuk "bond" yang mana gentian karbon tidak boleh dikimpal bersama-sama.

Sudah tentu, pelekat auto tidak sempurna - terdapat kebimbangan keatas alam sekitar dan beberapa aduan fungsinya yang tidak bergitu baik. Pelekat manakah bekerja terbaik untuk bahagian yang berlainan bagi sesebuah kereta? Dan bagaimana penggunaan pelekat akan mengubah industri auto? Hasilnya, kita akan melihat kereta yang kurang mahal dan selamat.


Bagaimana pingat Olimpik di nobatkan?

Pada masa lampau- juara Olimpik telah dinobatkan dengan menaburkan bunga daun zaitun berikutan kemenangan mereka. selaras dengan perkembangan semasa pentas permainan moden , pemenang olimpik dianugerahkan pingat melambangkan usaha mereka memenangi sesuatu acara yang dipertandingkan. Di Sukan Olimpik di Athens pada tahun 1896, pemenang teratas menerima pingat perak sesuai dengan keadaan pada masa itu, perak menjadi alat pertukaran yang penting sama seperti emas. Pesaing tempat kedua pula mendapat pingat tembaga.
Pingat emas telah mula diperkenalkan pada tahun 1904 di temasya St. Louis , namun anugerah pingat emas diambil pada tahun 1908 ketika London menjadi tuan rumah dan diadaptasikan ke olimpik moden hari ini.. Walaupun begitu, majlis penyerahan pingat yang hanya melibatkan menyematkan hadiah kepada pemenang, dan bukannyan kalung sekitar leher pemenang. Rom  tahun 1960, setiap pingat yang disampaikan telah diturunkan kepada rantaian dan, reben bersama "medal" menjadi piawaian sehingga hari ini.


Kemeriahan sampul duit raya sempena Aidilfitri

Kanak-kanak adalah insan yang paling gembira setiap kali menjelang Aidilfitri. Selain menyarung pakaian baru, mereka turut teruja menunggu duit raya yang diberikan oleh ibu bapa, sanak saudara dan bila berunjung dari rumah ke rumah.

Menurut definisi pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, objektif sebenar duit raya adalah untuk mengeratkan hubungan antara orang dewasa dengan kanak-kanak. “Sebenarnya pada masa dahulu sebelum pemberian duit raya menjadi amalan popular, kanak-kanak yang datang berkunjung dari rumah ke rumah semasa raya dijamu dengan kuih muih, biskut raya dan minuman ringan.

“Konsep duit raya bukan memberi sedekah kepada pengemis jalanan, sebaliknya tanda hubungan rapat antara orang dewasa dengan kanak-kanak,” katanya. Bagaimanapun, amalan pemberian duit raya sekarang sudah banyak berubah, khususnya dari segi jumlah yang diberikan. Kini tetamu kecil tidak lagi menerima duit syiling, sebaliknya diberikan wang nota bermula daripada RM1 sehinggalah beratus ringgit mengikut kemampuan pemberi.

Dengan itu, cara pemberian juga mula berubah menggunakan sampul, mengikut tradisi pemberian angpau oleh masyarakat Cina. Kaedah pemberian sebegini dilihat lebih elok dan nampak bersopan. Namun, tidak seperti tradisi Cina yang memberikan sampul angpau merah, sampul duit raya muncul dengan pelbagai corak dan penuh warna-warni menarik.

Corak sampul duit raya biasanya akan berubah setiap tahun mengikut trend semasa. Ada yang meletakkan corak masjid, ketupat, dan apa sahaja gambar yang berkaitan dengan bulan Ramadan atau perayaan Aidilfitri sebagai corak sampul. Bagi syarikat-syarikat korporat, badan-badan kerajaan dan pusat-pusat membeli belah, mereka biasanya akan mengeluarkan rekaan tersendiri mengikut syarikat.

Ada juga syarikat percetakan yang mengambil kesempatan menarik pelanggan dengan sampul-sampul watak kartun popular seperti Angry Bird dan Upin-Ipin. Ada juga yang menjadikan gambar idola dan pemain bolasepak sebagai corak sampul untuk melariskan lagi jualan. Tidak hanya dijual di bazaar- bazaar atau di dalam kedai-kedai buku, penjualan sampul duit raya kini diperluaskan ke internet. Lebih banyak rekaan untuk dipilih, serta menjimatkan penggunaan kertas kerana ia hanya dicetak mengikut permintaan.

Antara rekaan terbaru sampul raya tahun ini ialah sampul yang dicetak dengan gambar wang. Jika tahun lepas, wang kertas RM1, RM5, RM10 dan sebagainya menjadi pilihan utama pencetak sebagai rekaan sampul, kemunculan wang baru tahun ini menyebabkan sampul bercetak wang baru dikeluarkan sebagai tanda tarikan. Anda tentunya akan berasa sayang untuk membuangnya kerana rupanya yang seakan-akan duit sebenar.

Corak sampul duit raya yang pelbagai dan menarik menyebabkan ada sesetengah orang yang menjadikannya sebagai bahan koleksi. Tidak hanya cantik dikumpul, ia juga cantik jika dijadikan dekorasi dinding ketika perayaan. Pada anda yang sukakan kreativiti dan kelainan, anda bolehlah menggandingkan kad raya dan sampul duit raya di dinding rumah ketika Aidilfitri nanti.

Sejarah Wang Kertas Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri

Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.

Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.

Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.


Tuesday, July 24, 2012

Sejarah Dan Perkembangan Komputer

1. PENGENALAN
    Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang
    menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik
    ( pengiraan ) dan logik ( membuat keputusan ) ke atas data dan
    kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer
    memproses data secara automatik ( tanpa pertolongan manusia ) di
    bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama.
    Program ( atau aturcara ) mengandungi jujukan arahan-arahan yang
    mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan
    menggunakan unit-unit yang ada padanya.
 
    Sejarah dan perkembangannya pula, perlu dilihat secara kasar dan
    ringkas supaya kita boleh menghargai teknologi komputer masa kini.
    Sejarah bermula dari zaman purba di mana manusia telah pun
    mencipta dan menggunakan pelbagai sistem pengiraan untuk
    kerja-kerja harian mereka. Walaupun sistem yang digunakan pada
    zaman itu primitif, tetapi sistem itu mencukupi dan memenuhi
    matlamat mereka. Namun sepanjang perkembangan itu, manusia
    sentiasa mencari cara supaya mereka boleh mengira dengan cepat dan
    tepat. Ini memandangkan kepantasan akal manusia bagi
    melaksanakan tugas mengira adalah terbatas. Selain itu, terlalu kerap
    menghasilkan kesilapan dan jawapan kurang tepat. Oleh itu, alat atau
    mesin mengira yang cepat dan tepat sentiasa diusahakan.

   Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada 3
    bahagian untuk menggambarkan pendekatan manusia ke arah
    penciptaan komputer yang ada sekarang iaitu :
    a) Sejarah teknik merekod
    b) Sejarah mesin kad tebuk
    c) Sejarah komputer elektronik
    
    Sesetengah buku pula menyatakan bahawa sejarah pengkomputeran
    boleh dibahagikan mengikut zaman iaitu :
    a) Zaman kaedah primitif
    b) Zaman kaedah mekanik
    c) Zaman kaedah elektronik
   
   Walaupun terdapat perbezaan dalam menyatakan sejarah
    perkembangan komputer namun kandungannya sama iaitu manusia
    menggunakan pelbagai jenis peranti di dalam pemprosesan data.

2. SEBELUM 1940
    Sejarah perkembangan awalan merekod ialah di mana orang Sumeria
    menulis di atas kepingan tanah liat. Orang Mesir menulis di atas
    Papyrus dan menggunakan 'Calmus' sebagai alat menulis. Orang
    Greek dan Romania menggunakan buku yang diperbuat daripada
    kepingan kayu nipis berlilin. Kertas dan pen mula digunakan sejak
    kurun ke 14. Namun pada zaman primitif, manusia mengiran dengan
    menggunakan jejari tangan dan kaki untuk mewakili nilai atau
    bilangan nombor. Jika rekod yang tetap dikehendaki, berbagai-bagai
    kaedah digunakan. Satu daripada kaedah-kaedah itu ialah
    menandakan rekod itu di permukaan kayu-kayu atau tulang-tulang
    binatang.
   
Peranti pengira terawal ialah sempoa ( abakus ) yang dipercayai direka lebih daripada 3,000 tahun dahulu ( sesetengah buku menyatakan 1,500 tahun ) dalam budaya Mediterranean kuno. Bagi masyarakat Jepun, abakus dikenali sebagai 'Soroban'. Perkataan 'abakus' bermaksud debu dalam bahasa Semitik. Ia adalah bahasa yang digunakan oleh penduduk tamadun sekitar lembah
Euphrates-Tigris. Seorang ahli Matematik kurun ke 11 mentakrifkan
    sebagai "flying so quickly that the eye could not follow their movement".
    Selepas itu, muncul Tetulang Napier yang telah direka oleh ahli
    Matematik Scotland bernama John Napier pada tahun 1617.
    Keupayaan Tetulang Napier ialah melakukan operasi darab dan
    bahagi namun pengiraan menggunakan alat ini adalah lambat. Atas
    sebab itu pada tahun 1645 pula, Blaise Pascal telah membina mesin
    Pascaline iaitu mesin pengira mekanikal yang pertama. Nombor boleh
    ditambah atau ditolak dengan memusing roda-roda kecil yang
    mempunyai angka 0 hingga 9. Roda bergear gerigi digunakan
    untuk melaksanakan putaran.
 
    Pada tahun 1673, mesin pengira Leibnitz atau ' Stepped Reckoner '
    telah direka oleh ahli Falsafah dan Matematik Jerman, Baron
    Gottfried Wilheim Von Leibnitz dengan mengubah suai mesin
    Pascaline. Ini merupakan detik permulaan ke arah rekaan mesin kira
    automatik. Alat ini berupaya mengubah operasi aritmetik yang
    kompleks kepada beberapa siri langkah yang mudah. Sejarah
    perkembangan komputer kemudiannya menembusi bidang
    penenunan sutera pada tahun 1804 apabila Joseph-Marie Jacquard
    telah membangunkan mesin menenun sutera  yang boleh diatur cara
    yang pertama. Mesin tersebut boleh dikawal dengan satu set arahan
    untuk melaksanakan satu tugasan khusus. Sudah pasti inilah teori
    asas di sebalik komputer dan pengkomputeran.
    
Menyusul selepas itu ialah Charles Babbage yang digelar 'Bapa
Komputer' atau 'Arkitek Komputer Moden' telah membina     Enjin Perbezaan ( Different Engine ) pada tahun 1822. Malangnya pembinaan ciptaan babbge tidak disiapkan akibat beberapa masalah teknikal. Seterusnya pada tahun 1833, Enjin Analitik ( Analytical Engine ) mula dibina. Namun usaha pembinaan ini tidak dapat disiapkan kerana teknologi pada masa itu tidak mampu menyediakan komponen-komponen yang jitu. Usaha Babbge dilaksanakan oleh George Scheutz pada tahun 1855 dan pada tahun 1889, Henry anak lelaki Babbage mereka sebahagian daripada kilang Enjin Analitik itu.
Pada tahun 1854, ahli matematik berbangsa Inggeris, George Boole telah mencipta satu bidang algebra. 


Tahun 1890 pula, Hermann Hollerith telah mencipta mesin Penjadualan Hollerith. Mesin ini telah digunakan bagi bancian pertama di Russia. Mesin Hollerith telah
menggunakan konsep kad tebuk ciptaan Joseph-Marie Jacquard. Pada tahun 1937 pula, Howard Aiken memperkenalkan mesin yang dibuat daripada komponen-komponen mekanik dan elektonik yang
dinamai Mark 1. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah fungsi trigonometri dan pengiraan asas.



3. SELEPAS 1940
    Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad
    40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan
    komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan
    ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer.
    Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi
    mempunyai cirinya tersendiri.
Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
Ciri-ciri :
 
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas.
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas
    daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah
    gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa
    magnet melalui satu dari dua arah.
Contoh :
a. ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John
              V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
b. ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert.
                   Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.
c. EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann,
                                                                          Mauchly dan Eskert
                                                                          ( 1951 )
d. IBM 701 ( 1953 )
e. IBM 650 ( 1959 )
Generasi Kedua ( 1959 - 1964 )
Ciri-ciri :
 
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub
    hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik
    yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak.
2. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu
    diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
3. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara
    jujukan sahaja.
4. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
5. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
6. Bahasa pengaturcaraan peringkat tingi seperti FORTRAN dan
    COBOL.
Contoh :
a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter
                      Brattain.
b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.
Generasi Ketiga ( 1964 - 1970 )
Ciri-ciri :
 
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada
    beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna
    berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
Contoh :
a. IBM 360 ( 1964 )
b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 )
c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000
Generasi Keempat ( 1970 - ? )
Ciri-ciri :
 
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan
    ialah Penyepaduan Skala-Besar ( Large-Scale Intergration ataupun
    LSI ).
2. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali
    saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja ( Compact Disc
    Read Only Memory ( CD ROM ) ).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Contoh :
a. IBM 370 ( 1970 )
b. PDP-11 ( 1970 )
c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS
    ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak
    dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET.
d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik
    oleh Dan Brickland.
e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.
Generasi Kelima ( ? )
Ciri-ciri :
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada
    yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap',
    dan 'berfikir' seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat
    komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang
    dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan
    membuat kesimpulan.
Contoh :
a. Pentium III 

 
4. PENGKOMPUTERAN DI MALAYSIA
    Mengikut perkembangan komputer tempatan, kita dapat merasakan ledakkannya yang agak drastik. Komputer kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan dan mpengaruhi kehidupan seharian kita. 

Sebenarnya komputer telah diperkenalkan kepada masyarakat dunia sejak beberapa abad lalu. Di negara kita, komputer  mula digunakan di Malaysia pada tahun 1965 apabila Lembaga
Letrik Negara menggunakan komputer untuk memproses gaji kakitangan dan juga akaun syarikat. Tetapi komputer tidak disambut baik pada ketika itu kerana kos komputer yang tinggi dan kekurangan tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang komputer.
    
Kini atas kesedaran masyarakat tentang kepentingan komputer terhadap pembangunan negara, maka kita dapat melihat perubahan positif yang agak ketara. Komputer digunakan oleh masyarakat mengikut keperluan masing-masing bukan sahaja digunakan oleh agensi kerajaan dan swasta tetapi juga orang awam. Malaysia sekarang muncul sebagai pengguna yang keempat terbesar di Asia.

Pada tahun 1988, sebuah syarikat tempatan telah memulakan pengeluaran mikrokomputer serasi IBM - PC yang dinamai ACCENT 2001 - PC. Perkembangan ini diikuti oleh beberapa buah syarikat tempatan lain dalam pengeluaran PC. Pada tahun-tahun akan datang,  keperluan tenaga mahir dalam komputer akan berlipat ganda. Peluang kemudahan sistem komputer pusat ini diterima kerana Malaysia mempunyai sistem komunikasi yang baik.

5. PENDIDIKAN
    Walaupun penggunaan komputer kini meluas ke pelbagai bidan dan
    sektor masyarakat seperti perindustrian, perubatan dan penyelidikan,
    perdagangan, hiburan, pengangkutan, komunikasi dan sektor awam;
    namun tumpuan diberikan kepada bidang pendidikan. Ini
    memandangkan kepada 3 sebab utama komputer digunakan dalam
    pendidikan iaitu :
    a) perkembangan teknologi baru telah menawarkan satu teknologi
        maklumat yang berkuasa, bersepadu serta berfungsi kerana kaedah
        ini memudahkan penyimpanan dan penyampaian maklumat
        kepada para pendidik dan pelajar.
    b) komputer berperanan sebagai alat berkaitan dengan maklumat dan
        pengetahuan.
    c) para pendidik dan pelajar memerlukan maklumat dan pengetahuan
        sebagai kunci kejayaan.
    Mengikut pendapat Robert Taylor ( 1980 ), peranan komputer dalam
    pendidikan terbahagi kepada 3 iaitu TUTOR, TOOL dan TUTEE.
    Sebagai TUTOR, komputer berperanan sebagai pengajar melalui
    pendekatan pengajaran berbantukan komputer. Sebagai TOOL,
    komputer menjadi alat untuk memudahkan proses pengajaran dan
    pembelajaran seperti konteks pengajaran berintergrasikan komputer.
    Sebagai TUTEE pula, komputer berperanan sebagai alat yang
    diajar. Proses ini berlaku apabila pelajar memberi arahan kepada
    komputer atur cara yang disediakan sendiri.
    Penggunaan komputer memberi kesan yang besar dan bermakna
    terhadap kualiti pembelajaran iaitu :
    a) memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih
        efisien.
    b) membenarkan pendidik menyediakan pendekatan pengajaran baru
        yang lebih efektif.
    c) memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan
        pembelajaran seperti multimedia, simulasi dan aktiviti kumpulan
        menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.
    d) komputer adalah media ideal untuk pengajaran individu dan
        pemulihan.
    Dalam keghairahan menikmati pengaplikasian IT, kita juga terdedah
    kepada implikasi negatif akibat penyalahgunaan komputer ini.
    Golongan remaja terutamanya terdedah kepada budaya negatif ini
    sehinggakan boleh mempengaruhi corak kehidupan mereka ke arah
    yang bertentangan dengan agama dan budaya rakyat Malaysia.
    Internet misalnya menyediakan pelbagai kemudahan untuk dilayari
    bukan untuk disalahgunakan tetapi malangnya sekarang terdapat
    pelbagai isu yang kurang menyenangkan. Oleh itu, dalam
    memperolehi kebaikan kita seharusnya berwaspada dan bijak
    menggunakan kemudahan yang sedia ada.
6. KESIMPULAN
    Kesimpulannya, komputer akan bertambah maju pada masa kan
    datang. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi lengkap dengan ciri-ciri
    yang lebih baik dan berguna. Komputer masa depan boleh menaakul,
    berfikir, membuat keputusan dan belajar dari kesalahan. Ia juga lebih
    pantas dan berkuasa serta mempunyai kapasiti ingatan yang lebih.
    Namun  ia mudah digunakan dan lebih praktikal. Tambahan
    komputer masa hadapan akan membuat lebih banyak tugas serentak.
    Oleh itu, ia akan menjimatkan masa dan lebih ramai orang yang akan
    menggunakannya dalam menjalankan tugas harian.
    Apa yang perlu bagi kita ialah bijak menggunakannya dan sentiasa
    bersedia dan berwaspada pada implikasi yang mungkin akan timbul
    tanpa diduga.

Tuesday, July 17, 2012

Kota-kota Melayu Serta Khazanah Melayu Yang Dimusnahkan

Kota-Kota Melayu Serta Khazanah Negara Yang Dimusnahkan British Dan Talibarutnya.


Kerajaan Kedah sering di sebut sebagai kerajaan tertua dalam sejarah kerajaan beraja serta kesultanan yang panjang di nusantara yang bermula pada tahun 700 masihi lagi. Hubungan dengan negeri-negeri di timur tengah dan asia barat serta timur meninggalkan kesan dan pengaruh yang luas termasuklah kebudayaan, kesenian, agama, politik dan perdagangan.
Kesan-kesan seni warisan melayu ini banyak dapat di kesan di Kedah walaupun banyak kota-kotanya dikhianati, dihancurkan dan ditanam oleh pihak-pihak musuh Allah.
Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhi sebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan dinasti Ahlul Bait Al-Jefri Merong Mahawangsa. Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyak kota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, Kota Star, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Sharifah dan lain-lain.
Gerbang Kota Star telah dimusnahkan setelah kematian Sultan Badlishah oleh cucu raja Thai Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Sultan Badlishah merupakan anak-anak Ahlul Bait Merong Mahawangsa kerana ibunya Tunku Sharifah Sofea al-Jefri ialah anak saudara kepada Maharaja Melayu DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah al-Jefri.
Buku Undang-Undang Kedah termaktub perkataan HUKUM KANUN DATO’ KOTA STAR yang buku ini selesai ditulis pada tahun 220 hijrah @ 812 masihi oleh cucu Maharaja Merong Maha Wangsa yang ketika itu menjadi D.O. atau Raja Daerah di Aceh.
Kota Star dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala gerbangnya diruntuhkan pada tahun 1960 untuk memberi laluan pada pembangunan kononnya. Di tapaknya di bina bangunan baru iaitu Wisma Negeri.
Seperti kes Tunku Abdul Rahman menukar Kota Kayangan menjadi Muzium Perlis. Di tahun-tahun berikutnya beliau datang semula ke Perlis dan mengatakan muzium ini terlalu lama dan buruk, seeloknya ditukarkannya kepada bangunan muzium yang baru. Maka terjadilah malapetaka kepada warisan Melayu yang mana Kota Kayangan yang gah dengan batu-bata serta diselang seli kayu-kayu meranti yang halus ukirannya juga dipenuhi dengan simbol-simbol empayar Kedah Tua habis dirobohkan oleh beliau.
Tidak habis dengan itu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj al-Thai telah mengetuk batu-batu nisan yang lama digantikan dengan yang baru manakala nisan-nisan kayu dibiarkan. Beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu juga menjejaki seluruh warisan Kedah Tua di Negeri Perlis dan negeri-negeri lain untuk dimusnahkan.
KENANGAN GERBANG KOTA STAR 1960 BERSEBELAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN. JIKA GERBANG PINTU MASUK KE KOTA SEBEGINI GAH DAN CANTIK TENTU KOTANYA YANG DIRUNTUHKAN DI ZAMAN SI LAKNAT RAJA THAI CHULALONGKORN LEBIH HEBAT LAGI.
Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James Low dari buku “Sejarah Kedah Sepintas Lalu“, mencatatkan Raja Thai Chulalongkorn telah mengarahkan tentera-tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah kerajaaan Melayu Siam Malacca, antaranya ialah :-
1. Kota Raja Melayu Siam Kedah Pelabuhan Kota sekitar Kota Teluk Bahang, Kuala Kedah.
2. Kota Palas Istana Sultan Maulana di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi .
3. Istana Maharaja Jalil Sutan Yaakub Kedah Langkasuka Khrun Waran Wangsa tahun 1548 M .
4. Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil dan di situ masih terdapat Perigi Puteri Dayang yang dibina bersebelahan kota tersebut .
5. Istana Sultan Sheikh, Sultan Abdul Kadir Shah Alam tahun 904 M di pekan Langgar, Kedah.
6. Kota Pagar Air Istana Sultan Hussain Shah Alam di Limbung, Kedah.
7. Istana Dato’ Paduka Maharaja Nai Cau Shin Ibni Al Marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang.
8. Kota Sarjana di Alor Ganu milik Rama Tibodi 1 Ananda Pagan Ibni Al Marhum Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mencipta wang emas yang ada di Muzium Negeri Kedah.
9. Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu milik Sultan Sharif Abu Bakar Shah.
10. Istana Maharaja Melayu Siam Syburi Sultan Syeikh Ali Kaifa Tabim di Utan Aji, Perlis.
11. Kota Naga dan Kota Siputeh di Daerah Kubang Pasu.
12. Kota Sarang Semut, Pendang, Bukit Choreh milik Sultan Badrul Munir dan periginya masih wujud di kampung tersebut.
13. Kota Pinang Tunggal di Kulim, Kedah juga milik Sultan Saidina Jamalul Alam Sultan Badrul Munir.

14. Kota Merong Mahawangsa Muzafar Shah 700 M di Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah.
15. Istana Majlis Raja Iskandar Zukarnain di Lembah Bujang juga di Kuala Muda dan Gok Arang Maharaja Melayu Islam Sultan Jaafar Muadzam di Pulau Tiga, Kedah, rujuk mukasurat 49 Buku Undang-Undang Kedah.
16. Istana Maharaja Melayu di Pusat Pembuatan Senjata Api, Merbuk, Kedah juga milik Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.

17. Istana Bendang Raja, Kubur Panjang di Pendang milik Sultan Muzaffar Shah Kuala Kangsar yang mana sebelum itu merupakan Raja Melayu Siam daerah Kemboja tahun 1788 M.
18. Kota Burha Istana Raja Legeh milik Tuanku Long Taha Ibni Almarhum Tuanku Long Putra di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.
19. Kota Oo, Pelantik, Sik, Kedah milik Raja Idris Jammu Pattani suami Ratu Hijau Pattani.
20. Kota Ruman juga di Sik, Kedah juga di miliki oleh suami Ratu Hijau iaitu Raja Idris Jammu Pattani.
21. Kota Istana Bukit Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang, Kedah.
22. Istana Maharaja Melayu Siam Sultan Muzafar Shah Kuala Kangsar di Kampung Dusun Raja, Padang Sanai, Daerah Padang Terap, Kedah.
23. Istana Maharaja Melayu Siam Songkla Sultan Syed Alang Alauddin di Kampung Nai Lang, Mukim Durian Burung di sebelah Thailand.

BAHAGIAN TEPI GERBANG ADALAH SEPERTI ARCA BATU NISAN KEDAH TUA YANG BERTEBARAN DI SELURUH NUSANTARA. SEBAB ITULAH GERBANG INI DIMUSNAHKAN KERANA GERBANG INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU ISLAM. IANYA BERBENTUK ARCA BATU NISAN YANG DIDAKWA BATU NISAN ACEH KONONYA. PADAHAL IANYA BATU NISAN KEDAH TUA.

INILAH MELAYU YANG DI WAR-WARKAN OLEH BRITISH, TIADA APA-APA PADA BANGSA MELAYU KECUALI ATAP RUMBIA DAN PERTANIAN.

Untuk memastikan kota-kota ini musnah secara total Raja Thai Chulalongkorn, datuk kesayangan Tunku Abdul Rahman telah datang ke Kedah bersama pegawai-pegawai penasihatnya yang berbangsa Inggeris, pada tahun 1890 M. Kedatangan dimulai di Pulau Langkawi dan seterusnya ke bandar Kota Star dan di sambut mesra oleh anak perempuannya merangkap isteri kedua Sultan Abdul Hamid yang bernama Cik Puan Manjalara.
Khazanah-khazanah yang bernilai sejarah yang berupa bangunan lama atau binaan lama gerbang-gerbang Di Raja, warisan-warisan silam lainnya yang terdapat di dalam dan di luar negeri Kedah berupa alat-alat senjata berat dan senjata-senjata api seperti senapang, lela rentaka, meriam-meriam melayu dan lain-lain dilupuskan dan diganti dengan milik penjajah contohnya meriam-meriam melayu diganti dengan meriam-meriam VOC milik penjajah.
Apa yang ada kaitan dengan ketamadunan Kedah Tua semuanya habis dimusnahkan. Kemudian penjajah-penjajah ini telah menukar nama bandar Kota Star kepada Alor Star kerana kata pegawai Inggeris, orang melayu tak perlulah kepada berkota-kota, cukuplah dengan nama “Alor”. Sejak itu nama Kota Star hanya dikenali sebagai nama District of Kota Star atau daerah Kota Star sahaja.

KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA.

Apabila Imperialis Belanda kalah di tangan tentera Perancis di bawah kekuasaan Napoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada British untuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelah merdeka nanti.
Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telah menghantar Stanford Raffles dan kerani bodohnya Munsyi Abdullah ke kota-kota Islam itu dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan Kerajaan Islam Kedah Tua di sana. Sehinggakan Kota Borobudur telah di “convert” menjadi candi kafir Buddha.
Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan kerana Candi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memiliki senibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat Kota Prambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil Hindu Prambanan.
BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA MENJADI KUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES.

Di Indonesia juga terdapat kota pelabuhan kuno Grisek di Jawa Timur. Kota ini ini dikatakan milik anak Sultan Kedah Tua yang bernama Siti Fatimah Maimun. Baginda merupakan Ratu di situ seperti Ratu Hijau yang memerintah Pantai Timur Semenanjung Melaka atas nama Kerajaan Pattani. Baginda datang ke Indonesia dibawa oleh ayahandanya pada tahun 1303 Saka atau 1381 masihi dalam misi mengislamkan orang-orang di sana.
JAB Wiselius seorang pengkaji dari barat mencatatkan, namanya ialah Dewi Suari dan ayahandanya ialah Sultan Kedah ( Gedah ). Pentadbiran baginda dibantu oleh pegawai-pegawai terlatih dibawah kelolaan seorang ulamak yang hebat pada masa itu bernama Maulana Malik Ibrahim. Ulamak tersohor ini didatangkan khas dari daerah Chempa, Cempaka Sari Kemboja.
Kajian Lembaga Research Pasentran Leluhur Islam Jawa Timur pula mengatakan Puteri Siti Fatimah Maimun dan Dewi Ratna Suari adalah orang yang sama iaitu puteri kepada Sultan Kedah. Masa hidupnya sezaman dengan Maulana Malik Ibrahim dan jarak wafat kedua tokoh ini hanya bezanya 20 tahun.
Baginda mangkat di Desa Laren, Manyan Grisek Jawa Timur dan makamnya sekarang ada bersebelahan Kota Grisek sebuah kota pelabuhan kuno. Siti Fatimah Maimun tercatat dalam sejarah sebagai pendakwah sufi di zaman kegemilangan Islam Kedah ketika itu. Catatan ini juga menjadi bahan kajian J.Wolbers juga salah seorang pengkaji sejarah dari barat.


MAKAM RATU SITI FATIMAH MAIMUN PUTERI SULTAN KEDAH BERSEBELAHAN KOTA GRISEK DI KOTA PELABUHAN KUNO GRISEK , JAWA TIMUR.

Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star. Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis. Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulan pohon Kundang termasuk juga pohon Rumia. (sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 oleh Wadiassofi Jaafar)
Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realiti ini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua.
Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yang namanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yang kononnya telah runtuh akibat ribut.
Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnya konon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAP RUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh.
 
 
 
 
Dicatat oleh Megat al-Jefri