Assalamualaikum semua,
sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama,
tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama..
Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin
Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah
meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku
sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli
Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin
Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di
Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1,
bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan,
wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya
dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan
bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah
bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada
hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi.
Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak
23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di
kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.
Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya
ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak
berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal
siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari
pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia
bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu
turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan
penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.
Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa
Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula
mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat
pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali
yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang
yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.
Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat
di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters
istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada
penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat
kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia
mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib
yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya
sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak
masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan
bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan
yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi
kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya
diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak
menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat
mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga
pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di
Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu
dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus
lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan
tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada
yang lemah semangat atau bermasalah.
Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak
ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam
sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu
tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk
menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau
“road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh
kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa
berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain.
Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu
berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya
kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas
yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik
membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca
ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt,
menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan
yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6
jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya
makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya
terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan
Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan
itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik
besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau
pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama
diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan
mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya
mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang
ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di
dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan
ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk
bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz
yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan
semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua
atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di
lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam
itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran.
Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup
dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya
berguling-guling di atas lantai dewan itu.
Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan
laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada
dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah
Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya
mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu
berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk
berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan
subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh
berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis
air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah
kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat,
saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan
kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala
Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road
block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak
JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur
dan bangunan-bangunan di kawasan itu.
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap
akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah
dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum
kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai
lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang
berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya
menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya
Rabbal Alamin.
Sumber dari
Hj. Lokman
19 November 2010
Tuesday, September 4, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)